Saturday, April 16, 2011

Ismail Hashim: Rakyat Sarawak bangkit


Ismail Hashim

Kebangkitan hebat rakyat Sarawak menjelang Pilihan raya Negeri ke 10 (PRN10) esok hari (16 April) bakal diterjemahkan ke peti undi bagi memastikan berlakunya perubahan drastik pada lanskap politik di negeri terbesar Malaysia itu.

Secara umumnya, rakyat Sarawak telah lama menyimpan perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan cuma mereka dihalang oleh rasa takut dalam diri.

Namun kedatangan genderang gemuruh tsunami politik yang dibawa dari Semenanjung diikuti berlakunya kejatuhan pemimpin luar negara yang lama memerintah, memberikan tambahan semangat berani kepada rakyat negeri itu.

Mereka telah lama menderita. Hidup rakyat pertengahan dalam kesusahan. Apatah lagi mereka yang marhaen; kais pagi dan petang terus sahaja habis tiada berbaki lagi.

Menziarahi kampung-kampung dhaif yang hanya berjarak 10km sahaja dari Bandaraya Miri memang menggamit rasa kasihan pada mereka lantaran dibiarkan begitu sahaja oleh pemimpin kaya raya ke sana sini dengan helikopter diapit ratu muda bergaya.

(Gambar: Janggut [kiri] menunjukkan masalah bekalan air di mana satu meter terpaksa dikongsi dengan 12 keluarga lain)

Kampung-kampung yang gelap gelita, nampak dari jauh seperti didirikan atas air yang sebenarnya berpunca dari air bertakung disebabkan tiada sistem perparitan sempurna.

Ke mana air hendak mengalir pergi jika tiada laluannya menyebabkan warnanya bertukar menjadi hitam pekat. Penduduk bimbang dengan wabak denggi berpunca dari serangan ganas nyamuk aedes.

Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas di Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Kuala Baram, Kampung Api Api, Kampung Pasir, Kampung Muhibbah dan sebagainya lagi.

Siapa dapat bayangkan mereka hidup dalam keadaan tiada bekalan elektrik di masa pemimpin kerajaan menyeru setiap rumah mesti mempunyai komputer.

Bagi mengatasi masalah itu, penduduk terpaksa membeli generator sendiri dengan harga melebihi RM2 ribu dengan kos minyak disel melebihi RM5 satu malam jika digunakan dari 7 hingga 11 malam.

Suasana di sebelah malam di sini tidak ubah seperti mereka semua tinggal berhampiran dengan kawasan industri besar sementelahan bunyi generator dari semua rumah bersipongang ke udara secara serentak.

Sadisnya. Untuk rekod, mereka sudah meneroka, mendirikan rumah sendiri dan mendiami kawasan itu lebih dua puluh tahun. Sedih hati mereka bila diberitahu terpaksa keluar dari kawasan itu menjelang 2015.

Pak Janggut atau nama sebenar Haling Anak Bagak, 41, sekeluarga yang lebih 20 tahun tinggal di Kampung Pasir berkata, "kami tidak mahu pindah-pindah lagi, ini tanah kami."

Tegasnya, berikan kami geran sah, semua masalah akan selesai.

Rupanya bukan isu bekalan tenaga elektrik sahaja membelenggui mereka selama ini. Masalah air bersih juga bersarang kecewa di hati mereka.

Sebagai gambaran ringkas, satu meter terpaksa dikongsi dengan sebelas kediaman lain. Satu bulan secara puratanya setiap rumah terpaksa membayar lebih RM40.

Bayangkan berapa jumlah bayaran untuk satu meter setiap bulan. Keadaan lebih rumit bila ada yang 'sangkut' tidak dapat jelas satu hingga tiga bulan. Akibatnya bekalan air ke semua kediaman terpaksa dipotong. Untuk mendapatkan semula meter, setiap rumah dikenakan denda sebanyak RM100 pula.

Persoalannya sampai bila mereka perlu hidup dalam keadaan begini dalam sebuah negeri kaya?

Jika kita tinjau harga barang pula, ada keperluan yang empat kali ganda dari Semenanjung. Jika tidak pun, ia mesti lebih mahal sekali ganda.

Semua harga ini terpaksa dibayar oleh rakyat Sarawak. Orang kaya memang tidak terasa apa-apa, namun bagaimana dengan orang biasa dan marhaen yang terpaksa membayar sama seperti harga orang berwang juga. Tiada kekecualian apa-apa.

Rakyat kebanyakannya tahu tentang kekuatan ekonomi negeri bersumberkan minyak, gas dan sumber hutan serta sebagainya.

(Gambar: Semua hadirin mengangkat tangan secara serentak bersetuju untuk membuat perubahan dalam pilihan raya esok hari.)

Hasil dari maklumat yang meniti dari bibir ke bibir, mereka juga tahu dan adakalanya lebih tahu, ke mana wang negeri itu berlegar dan hilang pergi entah ke mana.

Rakyat sudah sedar. Mereka mendapat maklumat sah dari banyak sumber. Generasi muda banyak memberikan informasi. Hasilnya kini, bila semua sudah sedar dan meninggi, timbul semangat berani yang tidak dapat dibendung lagi.

Rasanya tiada siapa lagi yang boleh menyekat mereka dari membuat perubahan secara revolusi menerusi peti undi bermula esok pagi.

Kesempatan penulis membuat tinjauan selama seminggu di Miri, baru-baru ini mengesahkan dengan pandangan mata kepala sendiri bagaimana hebatnya sesuatu kebangkitan bila ia berlaku.

Suasana dan jumlah kehadiran serta pungutan dana menerusi jualan dan derma dalam himpunan Pakatan Rakyat tidak dapat dicabar oleh BN.

Medan utama di pekarangan Klinik Dr Teo Yu Keng yang merupakan calon Keadilan untuk Dun Senadin di tengah Bandaraya Miri membimbangkan musuh.
Himpunan reformasi rakyat untuk buat perubahan dianggarkan sekitar 30 ribu dengan jumlah derma satu malam sahaja RM21 ribu.


Satu malam dalam satu himpunan sama, semua hadirin mengangkat tangan secara serentak (gambar) bersetuju untuk membuat perubahan dalam pilihan raya esok hari.

Berbanding dengan program jamuan makan malam anjuran calon BN dari SUPP yang merupakan Timbalan Ketua Menteri dan penyandang dua jawatan Exco Negeri Sarawak, sungguh malang tidak sampai 50 hingga 80 hadirin yang sanggup datang, itu pun dengan kenderaan percuma.

BN di banyak tempat membuat ceramah di hadapan kedai makan dengan mengambil kesempatan masa dan peluang ketika beberapa orang itu makan.
Mereka datang ke restoren itu bukan bertujuan untuk mendengar Koh Tsu Koon yang kerananya BN hilang negeri di Pulau Pinang; apa yang mahu diajarnya pada pengundi Miri untuk pertahankan Sarawak?

Satu ketika, Tsu Koon membelakangkan jalan utama kerana tiada orang di hadapannya sebaliknya hadirin leka makan-makan di meja dalam restoren tanpa peduli pun apa celotehnya.

Dalam satu ceramah bersama Dr Teo dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor (MBSC), Khairul Anuar Othman, penulis sempat bandingkan keadaan dan suasana Sarawak 40 tahun di bawah BN dengan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di bawah PR.

"Bukti ada di depan mata kita, lihatlah beza bentuk pentadbiran antara bobroknya BN dan berkesannya PR dalam masa tiga tahun buktikan kemampuan mereka.

"Jika rakyat Sarawak boleh bersabar lebih 40 tahun dengan keadaan begini, kenapa tidak boleh beri peluang selama empat tahun untuk PR tunjukkan bentuk pemerintahan Kerajaan Sarawak Baharu?

"PR tidak bercakap kosong kerana mereka telah dapat buktikan kemampuan mereka di empat negeri Semenanjung: di Selangor, air percuma 20 meter padu pertama, ada skim warga emas, anak baharu lahir dan anak masuk universiti di samping jumlah pelaburan tetap antara tertinggi di Malaysia," hadirin memberikan perhatian mereka.

Peringatan untuk rakyat Sarawak, inilah masa dan peluang terbaik untuk mereka bersama mencipta sejarah baharu Negeri Sarawak. Jika tidak, mereka terpaksa menunggu lagi sehingga empat akan datang atau tidak akan berubah selama-lamanya.

Namun dalam keadaan sekarang, kebangkitan rakyat Sarawak mengatasi segala-galanya; mereka akan buktikan esok jatuhnya regim BN dan bentuk Kerajaan Baharu Pakatan Rakyat atau paling tidak menafikan 2/3 penguasaan BN selama ini.

Ingatlah, dunia dan Sarawak tidak akan KIAMAT semata-mata jatuhnya BN di negeri itu esok, cuma yang bezanya adalah teraju pentadbiran negeri yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

-----------------------------------------------------------

Ismail Hashim adalah wartawan Harakahdaily yang membuat liputan politik Sarawak. Beliau berada di Miri selama lima hari bermula hari penamaan calon PRN Sarawak.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2815:ismail-hashim-rakyat-sarawak-bangkit&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72

Menunggu keputusan PRN Sarawak


Suhaimi Mokhtar

Barisan Nasional (BN) Sarawak buat pertama kalinya dalam sejarah politik negeri bumi kenyalang itu menghadapi ujian pahit dan getir dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-10 yang pengundiannyanya diadakan pada 16 April selepas penamaan calon pada 6 April lalu.

Kempen selama 10 hari telah pun berakhir dan proses undi pos terdiri dari beribu-ribu pengundi anggota angkatan tentera dan pasukan keselamatan termasuk isteri dan keluarga mereka yang bermula dua hari sebelum pengundian sebenar telahpun berakhir.

Pelbagai jangkaan dan ramalan yang dibuat oleh para penganalisis politik dan para pemerhati politik dalam dan luar negara terhadap kemungkinan keputusan pilihanraya Dun Sarawak kali ini. Ada yang meramalkan BN tidak akan lagi menikmati majoriti dua pertiga dan hanya mampu memenangi majoriti kecil untuk menubuhkan kerajaan.

Ada pula yang lebih extreme beranggapan bahawa regim Taib Mahmud yang memerintah Sarawak selama 30 tahun menyamai pemerintahan regim Hosni Mubarak di Mesir dan regim-regim lain di Timur Tengah akan berakhir dalam pilihanraya ini.

Apa pun keputusan pengundi berdaftar yang berjumlah hampir satu juta orang itu yang terdiri dari pelbagai etnik, bumiputra Islam dan yang bukan Islam, pengundi kaum Cina, Dayak, Iban dan lain-lain, akan menentukan lanskap politik masa depan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya. Indikasi perkembangan politik Sarawak dari keputusan pilihanraya negeri akan mencernakan lanskap politik Malaysia, walaupun tidak keseluruhannya, yang akan mengadakan pilihanraya parlimen selewat-lewatnya pada 2013.

Jika BN mampu mempertahankan regim negerinya dengan kemenangan majoriti dua pertiga, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan diarahkan untuk mengadakan pilihanraya dengan lebih segera bagi mengekalkan momentum kemenangan yang diraih, tetapi jika BN kecundang untuk meraih majoriti dua pertiga, pilihanraya akan dilengahkan sehingga tamat tempoh mandat lima tahun, dari pilihanraya lalu pada 2008.

Tekanan terhadap BN dalam pilihanraya ini begitu hebat dan teruja sekali. Ia dapat dilihat buat pertama kalinya tiada calon-calon BN terdiri dari calon Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), calon-calon SUPP (Cina) dan calon-calon parti etnik kaum lain yang bergabung dalam BN, tiada saorang pun yang menang tanpa bertanding.

Sudah berlalu masa calon-calon BN menang tanpa bertanding yang menjadi trend pilihanraya-pilihanraya Sarawak di masa lalu. Kali ini BN ditentang sama ada satu lawan satu, atau tiga penjuru atau lebih kerana penyertaan calon-calon bebas dalam pilihanraya Dun Sarawak. Sebenarnya calon-calon bebas tidak memberi sebarang impak kecuali satu dua kerusi, kerana ada di kalangan calon yang merupakan bekas anggota Dun Sarawak.

Pertembungan satu lawan satu adalah antara calon-calon BN dengan calon Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Dalam pertandingan tiga penjuru pula berlaku pertandingan antara calon BN dengan calon Pakatan dari komponan PKR dan SNAP, sebuah parti tertua di Sarawak yang tidak dapat berkompromi dengan PKR dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. PKR bertanding dikebanyakan kerusi di Dun Sarawak. PAS bertanding lima kerusi dan DAP bertanding 15 kerusi. Selebihnya ditandingi oleh PKR walaupun tidak sepenuhnya dalam pertandingan 71 kerusi Dun Sarawak.

PKR dan SNAP tidak dapat bertolak ansur dalam beberapa kawasan petandingan pilihanraya dan kerana itu pertandingan menjadi tiga penjuru. SNAP bertanding lebih dari 20 kerusi di kawasan-kawasan yang dikatakan majoriti pengundi berketurunan Dayak dan Iban yang menjadi pusat pengekalan kekuatan SNAP yang pernah memerintah Sarawak diawal penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah dari SNAP, Stephen Kalong Ningkan sebelum diambil alih oleh Penghulu Tawi Sli, dalam krisis politik Sarawak yang pertama di zaman Perdana Menteri (PM), Tunku Abdul Rahman.

Selepas Penghulu Tawi Sli barulah Sarawak diteraju oleh Ketua Menteri berketerunan Melayu-Melanau beragama Islam, Tun Abdul Rahman Ya’kub yang memimpin Sarawak selama satu dekad (sepuluh tahun). Pada masa pemerintahannyalah kedudukan politik bumiputra Sarawak diperteguhkan apabila berlaku penyatuan gabungan parti-parti di kalangan bumiputra Sarawak yang beragama Islam dan bumiputra yang bukan Islam.

Pengenalan politik Sarawak tidak dapat dipisahkan dari pengenalan etnik, kaum dan agama. Tetapi Sarawak telah melalui perubahan secara evolusi dan kerana itulah PAS kini mampu bertanding di Dun Sarawak. Kemampuan PAS bertanding merupakan satu perubahan keyakinan kepada politik Islam yang dibawa PAS di tengah-tengah masyarakat plural Sarawak yang pluralismenya melebehi pluralisme masyarakat majmuk di Semenanjung.

PAS tidak mungkin akan memenangi kelima-lima kerusi yang dipertandingkan dan parti-parti lain juga baik dikalangan Pakatan Rakyat dan komponan BN Sarawak tidak mungkin juga akan memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi. PAS dijangka mampu memenangi satu dua kerusi yang dipertandingkan atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan majoriti calon BN yang menang di kawasan yang ditandingi PAS.

Jika demikian hakikatnya, maka ia membawa petanda bahawa PAS telah mulai diterima oleh rakyat Sarawak. Jika PAS kalah pun PAS telah membuka dan meluaskan arena politik Islamnya. Kesempatan PAS untuk berpolitik sambil berdakwah merupakan satu anugerah Allah yang besar yang perlu digunakan ruang dan peluang dengan sepenuhnya. Ia juga bererti PAS telah berada di bumi kenyalang, yang Umno masih tidak mampu memasukinya dan hanya mengharapkan PBB sebagai proxy Umno di Sarawak.

Pertanding satu lawan satu akan menyaksikan pertandingan hebat dan genting tetapi pertandingan tiga penjuru akan memberI miliege kepada calon BN. Sayang sekali SNAP tidak dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Dalam pertandingan pelbagai penjuru juga ia akan memberi keuntungan kepada BN.

Perdana Menteri (PM) Najib Tun Razak agak yakin dengan kemungkinan BN akan menguasai Dun Sarawak dan begitu juga Ketua Menteri (KM) Taib Mahmud, tetapi jika hendak berlaku tsunami politik di Sarawak seperti tsunami 2008 di Semenanjung, tiada sesiapa yang dapat menahannya. Kemungkinan rakyat Sarawak sudah bosan dengan pemerintahan BN di Sarawak yang berKMkan Taib Mahmud, selama 30 tahun, satu era pemerintahan yang terlalu lama. Taib dijangka akan berundur selepas pilihanraya setelah penggantinya dapat dicari. Taib tidak akan menghabiskan penggal ini.

Bagaimana pun keputusan pilihanraya bergantung bukan kepada satu dua faktor. Ia mencakupi pelbagai faktor dan faktor-faktor inilah yang sedang diperkecilkan oleh parti pemerintah bagi menjamin kemenangan mereka berterusan.

Sesuatu yang sangat jelas bahawa pilihanraya yang diadakan tidak berada di landasan yang benar-benar demokratik, apabila kerajaan menggunakan seluruh jenteranya di peringkat negeri dan pusat untuk membeli undi rakyat. Pengundi dibeli dengan projek-projek segera yang berjumlah berjuta-juta ringgit.

Pertandingan tidak berada di padang permainan samarata, Pakatan Rakyat terutama PAS, mana mampu menghadapi perbendaharaan negeri dan pusat yang menabur wang dengan pelbagai projek untuk membeli undi. Rakyat Sarawak yang rata-rata masih dalam kolompak kemiskinan, walaupun negeri mempunyai hasil perkayuan dan petrolium. Dalam persekitaran masyarakat yang dibelenggui kemiskinan amat mudah untuk mempengaruhi rakyat untuk memberi sokongan kepada mereka dengan mengadakan projek-projek prasarana dan kemudahan.

Di kalangan Pakatan Rakyat, DAP dijangka akan membuat kehadiran-nya dirasakan kerana pengundi-pengundi Cina mempunyai pemikiran terbuka. DAP bertanding di kawasan-kawasan bandar dan pekan melawan calon SUPP. Calun-calun PKR dari kalangan etnik Cina dan lain-lain dijangka juga akan membuatkan kehadirannya. Di kawasan-kawasan pertandingan dengan PBB, tidaklah mudah bagi calon PKR untuk membuat kehadirannya dirasakan, tetapi pertandingan tetap sengit dan mencabar.

Sedikit lagi advantage bagi calon-calon BN bahawa mereka berkempen atas dasar bahawa parti-parti mereka adalah parti-parti yang berasal dari bumi kenyalang tidak seperti parti-parti dari Pakatan Rakyat kononnya semuanya datang dari Persekutuan. Tetapi hakikatnya, calon-calon yang bertanding semuanya adalah calon-calon tempatan.

Jika DAP dan calon PKR dari kalangan kaum Cina membuat kehadirannya maka kedudukan SUPP sangat genting dan berkemungkinan SUPP akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya ini. Kehadiran SNAP juga tidak dapat diperlekehkan kerana SNAP berupaya dan mampu menerokai kemenangan yang akan menjadikan politik tawar menawar di Sarawak selepas pilihanraya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2812:menunggu-keputusan-prn-sarawak&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72

PRN Sarawak - 13 Dun panas, sengit


Wan Nik Wan Yussof

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 kali ini sedang menyaksikan 13 Dun panas yang boleh disifatkan panas, persaingan sengit dan sedang merimaskan calon-calon bertanding. Ia diikuti dengan pula dengan enam Dun kelabu bagi Barisan Nasional Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud.

Berikut adalah jadual yang menerangkan secara ringkas fakta tersebut.


Berpandukan jadual tersebut, 10 Dun adalah dimenangi BN pada pilihan raya 2006, hanya tiga Dun (N.09 Padungan, N.28 Engkilili dan N.43 Ngemah) pihak BN kalah.

Apa pun berdasarkan perkembangan semasa dan mood kebersamaan pengundi (khususnya kalangan Dayak dan Cina) menyahut kempen “Jom Ubah” pihak Pakatan Rakyat, maka dijangkakan 13 Dun panas tersebut bakal dimenangi Pakatan Rakyat atau parti oposisi BN.

Di antara parti-parti Pakatan Rakyat tersebut, KeADILan dijangka memperolehi lima Dun, DAP bakal memenangi empat Dun dan PAS pula dua Dun.

Sementara parti-parti oposisi lain adalah dijangka SNAP mengekalkan kemenangan di Engkilili dan PCM pula akan menawan Dun Ngemah yang dulunya dimenangi calon PCM atas tiket Bebas.

Sekiranya benar, jangkaan 13 Dun ini jatuh kepada Pakatan Rakyat dan parti oposisi. Kemudian, kemungkinan besar DAP dapat mengekalkan dominasi di enam Dun (N.10 Pending, N.11 Batu Lintang, N.12 Kota Sentosa, N.40 Meradong, N.45 Bukit Assek dan N.59 Kidurong) yang dimenangi 2006, maka Pakatan Rakyat bersama SNAP dan PCM akan memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada 71 Dun. Ia belum cukup untuk meranapkan keegoan parti BN yang ditunjangi PBB dan SUPP.

Justeru, bagi meranapkan dominasi dua pertiga BN, Pakatan Rakyat perlu memenangi 25 Dun. Ia memerlukan enam Dun lagi. Antara Dun yang dilihat berpotensi ialah mana-mana Dun kelabu bagi parti SUPP, SPDP dan PRS. Dun tersebut ialah N.25 Balairingin (PRS), N.39 Repok (SUPP), N.41 Pakan (SPDP), N.47 Bawang Assan (SUPP), N.64 Pujut (SUPP) dan N.65 Senadin (SUPP).

Apakah matlamat meranap dominasi dua pertiga Barisan Nasional akan berjaya?

Berdasarkan mood dan kesedaran politik semasa (sentimen pengundi Cina menolak BN bermula di Sibu dan kebangkitan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh), maka bukan setakat meranap dominasi dua pertiga, lebih dari itu ialah berkemungkinan BN akan terpenggal tampuk kuasa Kerajaan Negeri!

-----------------------------------------

Penulis adalah pemimpin kanan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang juga Setiausaha Politik MB Kelantan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2785:prn-sarawak-13-dun-panas-sengit&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72

Perang antara Najib, Muhyiddin dan Taib?


Analisis oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Kempen Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang masuk hari kelapan tertumpu kepada perang 'kuasa' tiga penjuru antara Perdana Menteri, Timbalannya dan Ketua Menteri Sarawak.

Tiba-tiba sahaja seluruh mata tertumpu kepada isu mengapa Perdana Menteri dilihat bersungguh-sungguh berkempen di Sarawak, sedangkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lama berkempen di sini.

Samada Najib sebenarnya tidak yakin, mahupun tidak selesa dengan kehadiran Muhyiddin, serta isu-isu yang mendampingi Ketua Menteri Sarawak hingga terpaksa turun padang enam hari berturut-turut.

Ataupun Najib sebenarnya bimbang, sebarang perancangan Muhyiddin 'seteru dalam diamnya' mengatur sebarang strategi untuk membina kekuatan di Sarawak bagi mendapatkan sokongan, duduk di kerusi nombor satu kerajaan menggantikan Najib.

Di peringkat Taib Mahmud pula, beliau sendiri walaupun zahirnya nampak tenang menghadapi angin perubahan yang melanda Sarawak, namun dalam diam beliau sendiri bertarung dengan 'serangan dua penjuru', pembangkang dan rakyat serta kini Najib sendiri.

Isu-isu yang menyangkut beliau sejak 30 tahun menerajui Sarawak, antaranya isu rampasan Tanah adat (NCR), isu pentadbirannya dibayangi skandal pengumpulan kekayaan di dalam dan luar negara, isu 'mistik', isu rakyat tidak mendapat kemudahan asas, dan isu skandal anak-anak serta kroninya.

Taib Mahmud pastinya dalam kelemasan kini, walaupun dalam satu wawancara di TV3, beliau melaungkan keyakinan kononnya BN mampu mempertahankan Sarawak dengan majoriti besar, dua pertiga.

Beliau sendiri mempunyai maklumat, bahawa kedudukan BN cukup genting di 18 kerusi yang diletakkan beberapa pengdanalisis politik sebagai sudah menyebelahi Pakatan Rakyat.

Sementara pertarungan di 10 kerusi untuk menentukan siapa pemenang di garisan penamat, semakin rancak, dengan DAP, PAS dan PKR serta tidak ketinggalan SNAP yang sudah keluar dari Pakatan Rakyat 'bila-bila' boleh menggugat lebih dari kerusi yang dijangkakan.

Kegelisahan Najib- Muhyiddin mungkin bukan atas faktor menang atau kalah BN di Sarawak, kerana mereka lebih gemar dalam pertarungan kuasa untuk menentukan pusingan pertama sebelum pemilihan Umno, siapa yang mendahului.

Menang atau kalahnya BN di Sarawak, ataupun Sarawak hilang majoriti dua pertiga, yang pastinya tergugat adalah kedudukan Taib Mahmud, justeru di celah doktrin itu, Najib dan Muhyiddin bertarung untuk suatu 'kesan' yang boleh membawa erti kepada dua tokoh utama BN ini.

Taib Mahmud hanya 'lauk' yang sedang dimasak (proses kempen pilihan raya) untuk hidangan makan malam (keputusan pilihan raya) , sedap atau tidak bukan persoalan, lebih dari itu mampukan untuk menyampaikan hajat mereka yang berselera besar (Najib dan Muhyiddin).

Kekalahan membawa makna, kedudukan Taib akan terjejas, kemenangan pula akan membawa kesan yang perebutan 'dwilogi' kuasa antara Najib-Muhyiddin di peringkat pusat.

Namun, rakyat Sarawak sudah tentu memiliki satu 'tekad' untuk melakarkan perubahan, setidak-tidaknya perubahan untuk 'mengajar' kerajaan BN erti kesengsaraan yang dihadapi rakyat.

Najib-Muhyiddin-Taib Mahmud, seketika nanti akan melupai kesengsaraan rakyat di bawahan apabila tamatnya pilihan raya, dan mereka akan terus meniti jalan-jalan memperkukuhkan pengaruh dan kuasa, dalam dunia kemewahan!.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2784:perang-antara-najib-muhyiddin-dan-taib&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72

Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib


Ahmad Lutfi Othman

Mulanya, tidak ramai yang meletakkan harapan bahawa perubahan besar bakal berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak. Tumpuan hanya difokuskan kepada beberapa kerusi majoriti pengundi Cina. Masyarakat Melayu-Melanau dan Dayak dianggap sukar untuk mencetuskan reformasi, apatah lagi tsunami politik.

Bumi Kenyalang ini masih dianggap "simpanan tetap" yang selamat buat BN mempertahankan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Isu lebih terpusat kepada personaliti Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang sudah 30 tahun bertakhta, dengan kisah menarik tentang kekayaan luar biasa kaum keluarga dan suku-sakatnya.

Turut dibicarakan adalah penindasan berlarutan dalam isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), selain persoalan khazanah negeri yang kaya-raya tetapi tidak mampu menyelesaikan tuntutan mendesak mengenai kemudahan asas dan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat Sarawak. Elit penguasa sesuka hati membolot hasil buminya, manakala rakyat, khususnya Orang Asal terus merempat. Pembalakan memusnahkan kampung halaman mereka. Cukup menyedihkan.

Itu suasana sebelum hari penamaan calon, ketika kempen secara rasmi tidak dibenarkan lagi. Bukan sahaja BN dijangka menang mudah, malah tidak sukar untuk mempertahankan majoriti dua pertiga dan meneruskan "kerja zalim" mereka. Untuk memperolehi 24 kerusi pun, bagi menafikan kemenangan selesa BN, Pakatan Rakyat tidak diberikan harapan tinggi.

Selepas lima hari berkempen, tiba-tiba realiti di Sarawak seperti memberikan harapan baru yang lebih segar. Arus perubahan bukan sekitar masyarakat Tionghua. Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan terpaksa bekejar ke Kuching, menyelamatkan BN yang kian goyah, dengan berkempen di sana sehingga hari mengundi. Selalunya hanya Timbalan Perdana Menteri yang berkampung dan mengetuai kempen.

Najib sebenarnya sudah melanggar tradisi apabila turut berkempen dalam pilihan raya kecil Sibu, Mei 2010. Hasilnya, DAP mencipta kejutan. BN terduduk kalah. Sejak pilihan raya negeri 2006, protes pengundi Cina tidak dapat disembunyikan lagi. Ia kemudiannya berjangkit ke Semenanjung dalam PRU12, Mac 2008. Tidak dipastikan apakah Najib mampu mempertahankan kedudukan BN atau menambah-parahkan lagi keadaan.

Antara tugas penting Najib menjelang hari mengundi adalah untuk meyakinkan pengundi Sarawak bahawa Taib memang akan benar-benar berhenti selepas pilihan raya ini. Jaminan itu bagaimanapun disambut dingin, apatah semasa dilafazkan Taib tidak kelihatan pun di sebelah Taib. Pada November 1995, Taib mengumumkan akan berundur dalam masa lima tahun, tetapi sehingga 2011, iaitu 16 tahun selepas itu, beliau masih berkuku, ceria dan gagah di samping isteri mudanya.

(Dalam tulisannya, pensyarah kanan Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi menukilkan: "Pada suatu majlis rasmi parti, beliau (Taib) memakai baju batik yang lengan bajunya disingsing ke siku, bingkas bangun dan bergerak laju ke rostrum dengan penuh semangat. Dari tempat duduk di barisan bawah menuju ke pentas, beliau seakan-akan melompat. Khalayak dari luar Sarawak khususnya dari media Semenanjung Malaysia agak terkejut dengan kelincahannya.").

Menerusi gambar yang disiarkan Utusan Malaysia, Isnin lalu, semasa Najib berkempen di Stadium MBKS, Kuching, sambutan nampak cukup tidak menggalakkan. Banyak kerusi kosong. Pesertanya pula kelihatan memakai t-shirt yang sama, menandakan mereka bukannya "rakyat jelata" tetapi "penganjur bersama".

Esoknya, dalam program konsert 1Malaysia, di Padang Merdeka, Taib menegaskan hanya akan berundur dalam masa "beberapa tahun lagi". Menarik juga jika mahu dianalisis berapa lama sebenarnya tempoh "beberapa tahun lagi" itu, dalam kiraan Taib? Apatah lagi tahap kesihatan dan kecergasannya, terutama selepas beristeri muda, begitu menakjubkan!

Fokus utama Najib bukan sekadar Sarawak tetapi jauh menjangkaui impak buruk buat BN jika Pakatan sekali lagi mencipta kejutan. Kalaupun tsunami belum mampu membadai pantai Sarawak pada 16 April nanti, namun apa jua momentum yang dihasilkan Pakatan nanti dijangka berupaya membangkitkan semangat baru rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa mereka boleh melakukan perubahan besar dalam PRU13.

Najib pastinya sudah bertungkus-lumus untuk mematahkan keyakinan rakyat yang cukup berbahaya itu. Segalanya telah diperkakaskan untuk menimbus segala momentum PRU12; soalnya, apakah Najib akan melihat begitu saja Taib bakal menjadikan beliau sebagai perdana menteri terakhir daripada BN?


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2777:taib-bakal-sempurnakan-igauan-buruk-najib&catid=60:editor-harakah&Itemid=301

Haris Zalkapli: Sarawak ujian terbesar 1 Malaysia


Haris Zalkapli

Pilihan raya di Sarawak itu mencatat sejarah sebagai ujian terbesar terhadap gagasan 1 Malaysia dan pelaksanaannya.

Politik di Semenanjung sebahagian besarnya melibatkan tiga etnik, Melayu, Cina dan India, yang menjadi perkiraan dalam pemilihan calon dan cara kempen parti-parti politik.

Di Sarawak, jumlah etnik dan agama yang lebih banyak ditambah lagi dengan isu jurang antara Semenanjung dengan Borneo melibatkan pelbagai isu.

Pilihan raya kali ini, yang bakal menjadi yang paling sengit dalam sejarah, menjadikan isu-isu tersebut sebagai topik utamanya.

Hal ini menjadikan medan politik Sarawak sebagai ujian terbesar terhadap gagasan 1 Malaysia, yang hanya akan diatasi oleh Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

1 Malaysia sentiasa berdepan ujian sejak kelahirannya yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Dalam era 1 Malaysia, elemen liberal dalam politik Malaysia semakin lantang bersuara, menuntut aspirasi mereka diterima.

Pada masa sama, muncul kumpulan etnonasionalis Melayu berhaluan kanan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, yang menjadi sekutu dan pada masa sama pesaing kepada Umno, parti Melayu paling dominan.

Kempen Barisan Nasional, yang menyaksikan perdana dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen lebih lama di sana memberi gambaran persaingan sengit yang bakal dihadapi BN.

Janji-janji 1 Malaysia, menurut pelbagai tafsiran, kini dituntut oleh pengundi dan pemain politik di Sarawak.

Isu Injil dalam bahasa Melayu menjadi satu isu besar yang menggugat kerajaan BN, yang terlibat dalam debat ini sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak mahu menunjukkan sebarang komitmen.

Pendekatan berhati-hati pemerintah berdepan ujian dalam pilihan raya ini apabila isu Injil tersebut sekali lagi menjadi perhatian pembangkang dan kumpulan Katolik menjelang pilihan raya di Sarawak.

Kristian Katolik yang merupakan antara kumpulan agama terbesar di Sarawak berupaya mengundi secara blok dan memberi kesan terhadap dominasi BN.

Isu ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh pembangkang dan menjadikan BN berada dalam keadaan defensif.

Kedudukan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telah berdekad memerintah Sarawak juga menjadi liabiliti kepada BN.

Kompromi yang diambil, menjanjikan pengunduran Taib selepas pilihan raya kelihatan tidak memuaskan hati banyak pihak.

Kedudukan dominan Taib dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, yang merupakan parti dominan Melayu turut menimbulkan isu kaum dalam pilihan raya kali ini.

Etnik yang ditakrifkan sebagai Melayu bukan etnik terbesar di Sarawak, tetapi Taib yang mewakili parti Melayu telah menguasai Sarawak selama 30 tahun.

Hal ini dijadikan satu isu yang menyentuh keadilan antara etnik di negeri itu, satu lagi isu yang meletakkan BN dalam keadaan defensif.

Pada masa sama, kedudukan Borneo yang jauh berbeza daripada arus pembangunan seperti dilihat di Semenanjung turut menyumbang poin negatif terhadap pemerintah BN.

Sarawak menjelang pilihan raya ini menjadi perhatian media propemerintah, dengan isu-isunya seperti pembangunan mengisi sisipan-sisipan dalam akhbar harian.

Malah, ada akhbar mula menerbitkan kolum dengan tajuk dalam dialek Sarawak.

Sepanjang kempen, berbilion peruntukan disebut dan dijanjikan oleh BN, dalam usaha menegaskan lagi kaitan parti pemerintah BN dengan pembangunan.

Secara tidak langsung, liputan media, janji dan pencapaian yang dikemukakan mengesahkan kedudukan Sarawak yang tidak terpandang dan jauh di belakang berbanding Semenanjung dalam pembangunan.

Pada masa sama, banyak paparan mengenai Sarawak dikemukakan dengan cara yang menekankan perbezaan antara wilayah itu dengan Semenanjung.

Tidak seperti pilihan raya sebelum ini, isu etnik, agama dan integrasi Sarawak dengan Semenanjung menjadi isu sentral, menguji kepimpinan Najib dan gagasan 1 Malaysianya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2805:haris-zalkapli-sarawak-ujian-terbesar-1-malaysia&catid=90:fokus-khas&Itemid=84

30 tahun bukti Sarawak tidak maju bersama BN

Ismail Hashim

KUCHING, 15 April: Sarawak tidak akan berubah jika terus berada di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan berdasarkan kepada prestasi lebih 30 tahun BN memerintah negeri terbesar itu selama ini.

Buktinya, masih terdapat di banyak kawasan, keadaan infrastruktur negeri itu seperti bentuk kediaman, kemudahan air dan bekalan tenaga elektrik yang jauh lebih ketinggalan dari negeri Pakatan Rakyat di Semenanjung.

(Gambar: Rakyat Sarawak sudah tidak sabar untuk melakukan revolusi politik menerusi pilihan raya esok hari)

Dalam satu jawapan menerusi satu siaran radio yang dikemukakan oleh seorang pengulas penyokong kerajaan, Datuk Seri Zaini Ujang yang juga bekas Pengerusi Bernama, beliau berkata, kegagalan membangunkan negeri Sarawak selama 30 tahun ini disebabkan faktor geografi negeri itu.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pemanggil yang menyatakan 'tidak cukup lagikah peluang 30 tahun diberikan kepada BN untuk melakukan pembangunan berterusan, berapa peratus yang sudah berjaya dan perlu berapa ratus tahun lagi?

Soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya termasuk tidak menyebutkan langsung peratus kejayaan seperti diminta oleh pemanggil dan tidak dijawab berapa ratus tahun diperlukan BN untuk membangunkan Sarawak.

Menurut Zaini, tidak dapat dinafikan terdapat kawasan-kawasan yang jauh dari bandar dan pedalaman yang masih tidak mempunyai aliran tenaga elektrik dan bekalan air bersih.

"Semuanya ini adalah disebabkan faktor geografi Sarawak," jelasnya sedikit tergagap.

Katanya, kerajaan negeri lebih memberi keutamaan kepada mereka yang dekat dengan bandar berbanding yang hanya 50 keluarga tetapi terletak jauh di pedalaman atau dari bandar.

Berbalik kepada keadaan sebenar di Miri, sebagai contoh. Dalam kedudukan 10km sahaja dari Bandaraya Miri, terdapat banyak kampung yang boleh disenaraikan tidak mempunyai kemudahan tenaga elektrik dan aliran air bersih secara meter persendirian.

Persoalannya, jika masalah geografi menjadi punca utama tidak sampainya dua bekalan utama itu kepada rakyat, bagaimana dengan jarak sejauh 10km itu? Ataupun segala hasil mahsul Negeri Sarawak dibolot oleh kroni Ketua Menteri dan pemimpin BN menyebabkan negeri tidak dapat memberikan manfaat sama kepada rakyat jelata.

Ribuan penduduk dan rakyat Sarawak yang memiliki kad pengenalan sah yang tinggal berpuluh tahun di Kampung Pasir, Kampung Api Api, Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Batu Baram, Kampung Muhibbah, Kampung Masjid Kuala Baram, sebagai contoh.

Perkampungan mereka ini terletak di pinggir Bandaraya Miri. Bukan jauh di pedalaman. Tidak timbul langsung masalah geografi. Ada yang menitiskan air mata derita bila menceritakan hal kehidupan mereka dan bertanya; kenapa boleh jadi begini ke atas mereka?

Sebab itu, tidak tahan dengan duka nestapa yang selama ini disembunyikan di lipatan paling bawah dalam hati setiap penduduk, namun dalam pilihan raya ke 10 16 April (esok), mereka sudah tidak boleh sabar.

Revolusi politik tetap akan mereka lakukan. Mereka berazam tidak akan memberikan lagi undi keemasan mereka selama ini kepada pemimpin yang sejak sekian lama tidak mengutamakan rakyat di dalam perkiraan politik mereka lebih dari 30 tahun berlalu.

Zaini juga berkata, jika sesuatu projek pembangunan di Semenanjung boleh dilakukan dalam beberap juta tetapi kerana faktor geografi, pengangkutan dan sebagainya, menjadikan projek yang sama tidak boleh dibuat di Sarawak.

Begitulah mentaliti pemimpin BN memerintah Sarawak khususnya. Lebih 30 tahun pembanngunan negeri tidak mampu dilakukan semata-mata kerana jumlah keluasan negeri itu, Dun Belaga sebesar Negeri Pahang, menjadikan sampai bila-bila pun Sarawak tidak akan maju.

Rakyat yang ditemui berkata, jika selama ini mereka memberi peluang kepada BN dalam beberapa kali pilihan raya, kini sudah sampai masanya, mereka memberi peluang pula kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin Negeri Sarawak atau paling kurang, menafikan penguasaan 2/3 BN.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2824:30-tahun-bukti-sarawak-tidak-maju-bersama-bn&catid=34:primary&Itemid=56

Sarawak Maju: RM1 Bilion cukup jika bersih

Subky Latif

DENGAN apa yang ada di Sarawak sekarang Pakatan Rakyat memerlukan satu bilion saja lagi menjadikan bumi Kenyalang itu sebagai negeri maju.

Tetapi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengira perbelanjaan sebesar itu kecil. Ia memerlukan berbilion-bilion bagi merialisasikannya.

Perkara yang pertama yang perlu diperhatikan oleh rakyat Sarawak ialah peruntukan yang secukupnya yang seminima mungkin yang diperlukan bagi menjadikan Sarawak negeri maju.

Peruntukan itu mestilah sesuai dengan pelan kemajuan yang dirancang.

Jika rakyat Sarawak menjadi penal meluluskan tender suatu bangunan atau projek atau hendak membeli sesuatu jentera, yang menjadi pertimbangannya ialah siapakah yang boleh menawarkan harga yang paling murah?

Dan apabila kerajaan hendak melelong hartanya, yang diperhatikannya ialah pembida yang dapat menawarkan harga paling tinggi.

Rakyat Sarawak seluruhnya bersetuju bahawa sesiapa yang hendak mentadbir Sarawak mestilah bersedia menjadikan Sarawak negeri yang maju. Seboleh-bolehnya kalau tidak melebihi Selangor, biarlah ia tidak kurang dari Selangor.

Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan. Ia boleh menjadikannya negeri maju dengan peruntukan yang sederhana yang dianggarkan satu bilion. Kalau ia tidak cukup tambahan diperlukan tetapi tidak sampai sekali ganda. Tetapi tidak mustahil dengan perbelanjaan dan pelan berhemah, peruntukan satu bilion boleh dikurangkan.

Bagaimana pun Barisan Nasional mengikut Muhyiddin tidak sanggup memenuhinya dengan peruntukan sebesar itu. Ia mahu lebih besar. Lebih besar itu bukan sekadar sekali ganda dari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, bahkan berkali-kali ganda.

Bagi Muhyiddin dengan peruntukan besar yang disediakan, pun kerajaan BN terasa payah bagi menyiapkannya, maka apa lagilah jika peruntukan yang dikira kecil seperti yang disanggupi oleh Pakatan Rakyat.

Muhyiddin yang bercakap begitu mungkin kerana pengalamannya yang lama sebagai Menteri Besar Johor, sebagai menteri di beberapa kementerian dan terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi di belakang Pakatan Rakyat yang membuat peruntukan sekadar satu bilion itu adalah juga orang berpengalaman iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bukan sekadar pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum Muhyiddin, tetapi lebih dari itu dia penah menjadi Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Dr. Mahathir.

Bukan sekali dua dia membentangkan belanjawan negara, bahkan berkali-kali. Bukan sekadar peruntukan yang diperlukan Sarawak pernah dicadangkannya bahkan peruntukan bagi negara yang lebih besar.

Dia adalah menteri kewangan ketika Selangor merancang dan bersedia menjadi negeri maju. Tahulah dia apa yang diperlukan oleh Selangor dan apa yang boleh diberikan bagi menjadi negeri maju itu.

Dia menjadi menteri kewangan dalam sebuah negara tidak tahu berjimat, rasuah yang menjadi-jadi di sekelilingnya. Dan semua tahu dia diberi tanggungjawab sebagai pengerusi kabinet bagi anti penyelewengan. Maka tentulah dia tahu semua penyelewengan yang berlaku.

Dia dikeluarkan dari kerajaan dan Umno bukan kerana ada masalah dan kelemahan urusan ekonomi dan kewangan, tetapi kerana dia tidak berapa senonok dengan perjalanan Perwaja, perancangan Bakun dan lain-lain projek mega.

Mahathir tidak sebut dia dipecat kerana sebab ekonomi tetapi atas alasan kononnya tidak bermoral.

Semua tahu semasa dia dalam kerajaan, dia adalah orang yang sangat anti rasuah dan penyelewengan. Dia tahu ke mana banyaknya belanja yang digunakan oleh kerajaan dalam setiap peruntukan. Semua tahu bahawa sebahagian besar dari peruntukan setiap projek pergi kepada rasuah dan pembaziran.

Apabila Pakatan Rakyat mencadangkan angaran satu bilion bagi menjadi Sarawak negeri maju, maka ia tidak termasuk rasuah, pembaziran, penyelewengan peruntukan dan sebagainya.

Ada pun peruntukan belasan dan puluhan bilion yang diperlukan Muhyiddin bagi perancangan kemajuan yang sama termasuklah belanja rasuah dalam berbagai-bagai cara dan penggunaan duit ikut suka hati.

Dan siapa yang tidak tahu bahawa kerajaan BN yang berkuasa tahun 1955 bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan?

Satu bilion yang Pakatan perlukan, bukan saja bersih rasuah dan penyelewengan, tetapi ia dibelanjakan secara berjimat, behemat dan cermat.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2808:sarawak-maju-rm1-bilion-cukup-jika-bersih&catid=61:subky-latif&Itemid=303

Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani

M Faqih Foto Rizal Tahir

Ustaz Abdul Hadi Awang dipakai jubah sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismaillutfi

PATANI, 15 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala semalam.

Abdul Hadi Awang merupakan satu-satu tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani diperkenalkan Universiti Islam Yala (YIU).

Gelaran tokoh tersebut sama taraf dengan ijazah kehormat diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.

Kebiasaannya sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokenysn, namun senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik semata-mata.

Sebelum ini anugerah serupa diberi kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat wilayah selatan Thailand, terutamanya pengasas pusat pengajian pondok.

Pernah menerima anugerah itu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok. Selain itu ulama terkenal dari Timur Tengah.

Penyampaian tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani, semalam.

Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.

Pihak penganjur memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat enyertai multaqa tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.

Rombongan presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari disambut ribuan yang hadir.

Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.

Rombongan bertolak dari Kota Bharu menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz Mamat.

Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai anggota tentera bersenjata M16.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah dilakukan senat universiti.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian.

”Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

”Selain beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam,” katanya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.

Pemakaian mislah (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismaillutfi. Ia turut disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul serta dan peserta multaqa.

Dua aktivis dari Kelantan turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.

Perasmian penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan, Said Nasir al Yufri.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2814:presiden-pas-dianugerah-tokoh-alim-rabbani-&catid=34:primary&Itemid=56

RPK terus serang Anwar di TV3

Apr 14, 11 8:50pm

Dalam tempoh kempen pilihan raya Sarawak yang hanya berbaki sehari, serangan ke atas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan hari ini melalui siaran temuramah dengan penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin.

NONEKata-kata Raja Petra yang merupakan 'rakan karib' Anwar pada satu ketika itu disiarkan stesen TV3 melalui slot berita waktu perdana hari ini.

Dalam siaran berkenaan, Raja Petra antara lainnya menimbulkan isu berhubung "krisis dalaman" yang didakwa berlaku dalam Pakatan Rakyat serta isu-isu yang membelit peribadi ketua pembangkang itu.

Berikut ialah transkrip laporan daripada temubual yang disiarkan


Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

Itu kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang pada satu ketika dulu merupakan rakan karib ketua pembangkang itu.

Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan kami Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Datuk Seri Anwar.

NONERaja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

Raja Petra: "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.


Raja Petra: "Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.

Raja Petra: "Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

Raja Petra: "Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."


http://malaysiakini.com/news/161561

MCLM dakwa TV3 putarbelit temubual Raja Petra

Salhan K Ahmad
Apr 15, 11
4:22pm

Presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim berkata, beliau percaya kenyataan pengerusinya, Raja Petra Kamaruddin telah diputarbelit oleh stesen TV3.

Kenyataan berkenaan disiarkan stesen berkenaan dalam slot berita waktu perdana secara berturut-turut sejak malam kelmarin.

NONEHaris menjelaskan, Raja Petra dalam temuramah berkenaan hanya menamakan seorang individu yang didakwa telah memberitahu beliau mengenai dakwaan berhubung penglibatan isteri perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Tetapi suara latar (laporan TV3) itu berkata beliau mendapat maklumat dari beberapa individu," katanya mengulas temubual Raja Petra dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah.

Kenyataan Raja Petra dalam temubual itu juga bukanlah satu "pengakuan," seperti dilaporkan stesen televisyen berkenaan.

Jelasnya, Raja Petra malah telah meminta pihak berkuasa menyiasat individu yang dinamakan dalam temubual berkenaan.

Haris juga berkata, temubual itu dijalankan selama lebih sejam pada Februari lalu.

Katanya lagi, Raja Petra memberitahu beliau demikian dalam satu perbualan telefon dengan penulis blog popular itu hari ini.

"(Kandungan) temubual selebihnya itu kita masih tidak tahu.

"Jadi saya cabar TV3 untuk siarkan temuramah itu sepenuhnya tanpa suntingan," katanya lagi kepada media di pejabat MCLM hari ini.

Tambahnya, beliau juga percaya Raja Petra telah "terlepas pandang" mengenai "bahaya" yang mungkin timbul apabila ditemuramah TV3.

NONEDalam pada itu, beliau turut mempertikaikan kenyataan perdana menteri yang menyatakan rasa lega kerana kebenaran berhubung kes Altantuya telah timbul.

"Adakah kebenaran tentang kes Altantuya telah keluar?," soalnya yang membangkitkan semula beberapa persoalan yang masih belum terjawab berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

"(Kes itu) cuma ditutup dalam fikiran perdana menteri, tapi belum ditutup di pandangan masyarakat awam.

"Siapa yang mengarahkan mereka dan kenapa (arahan diberikan)," soalnya, merujuk kepada dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didapati bersalah dalam perbicaraan kes tersebut.

Haris (kiri) mendakwa ini adalah satu-satunya sebab mengapa (TV3) muncul dengan laporan yang disiarkan berturut-turut.

"Ini adalah untuk memberi maklumat salah kepada rakyat di Sarawak kerana ada pilihan raya esok," katanya lagi.

VIDEO | 9.12 min


http://malaysiakini.com/news/161630

Kes Altantuya: RPK nafi tuduh PM, Rosmah

Apr 13, 11 8:42pm

"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu."

Itu pengakuan pengendali lamanweb Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam temubual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

NONESebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Berikutan adalah transkrip temubual tersebut yang disiarkan dalam lamanweb TV3.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY


"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.


http://malaysiakini.com/news/161465

Raja Petra: Video TV3 dirakam 2 bulan lalu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 April: Pengasas laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang muncul dalam TV3 sejak beberapa hari ini tampil menjelaskan bahawa beliau adalah konsisten selama ini dan berkata video TV3 dirakam dua bulan lalu.

Dalam satu wawancara dengan akhbar milik Umno, New Straits Times, Petra sekali lagi menafikan bahawa beliau telah menarik balik tuduhannya selama ini.

Beliau hanya telah membuat pengakuan bersumpah supaya pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.

Media pro Umno menyiarkan berita sensasi kebelakangan ini akibat satu wawancara beliau yang disiarkan TV3 yang menggambarkan beliau seolah-olah telah membuat ‘pusingan U’ terhadap tuduhan bahawa perdana menteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Apa yang saya kata ialah pemberi maklumat telah memberitahu saya terhadap perkara tersebut,” kata Petra ketika ditanya. “Jadi, sudahkah anda membaca SD (pengakuan bersumpah) saya? Saya rasa tidak, sebab banyak komentar berbuat demikian tanpa membacanya,” beliau menambah.

Sambil mengatakan bahawa beliau tiada mood untuk menjelaskan ‘spin’ media tradisional itu, Petra, 61 berkata sekarang sudah tiba masanya untuk beliau hendak mendapat kembali haknya terhadap orang yang menipu tentang dirinya.

“Kerja mereka hanya untuk menghentam saya, dan itu yang mereka tengah lakukan. Sekarang, selepas tiga tahun dihentam, saya menghentam balik. Ini bukan hak saya ke?” tanya beliau.

Wawancara 2 bulan yang lalu

Mengenai wawancara di TV3 yang disiarkan dua hari yang lepas secara berturut-turut, Petra berkata rakaman itu telah dibuat dua bulan yang lepas, dan menafikan dakwaan bahawa wawancara itu dibuat untuk membantu Barisan Nasional di pilihan raya Sarawak.

“Dua bulan yang lepas, tiada kata putus mengenai bila pilihanraya Sarawak akan diadakan. Jadi bila saya patut memberikan wawancara? Selepas pilihanraya Sarawak? Jadi, selepas pilihanraya Sarawak, orang akan tanya mengapa sekarang, sebelum pilihanraya umum ke 13?

"Jadi, saya tunggu selepas pilihanraya umum ke 13, and orang akan terus bertanya, mengapa sekarang, sebelum pilihanraya kecil? Jadi, bila saya patut buat wawancara ini? Selepas Malaysia membasmi pilihanraya?” bidas Petra secara sinis.

Menjawab satu persoalan samada beliau boleh memberikan bukti bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Petra membalas dengan memberikan sejarah ‘keadilan’ di mahkamah Malaysia di mana testimoni sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan pada seseorang terhadap satu jenayah yang serius.

“Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Bukti video yang mereka tengah bertuala dalam bilik hotel?” kata Petra secara jelas merujuk kepada video klip seks yang diedarkan beberapa pemimpin Umno yang mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam skandal seks.

“Terangkan apa itu bukti. Anwar disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 15 tahun pada 1999 hanya berdasarkan testimoni. Testimoni ialah bukti dan cukup untuk memenjarakan Anwar 15 tahun. Testimoni saya lebih hebat. Ia dalam bentuk pengakuan bersumpah,” kata Petra, yang dahulunya mengetahui kempen ‘Selamatkan Anwar’ dalam mendapat tekanan antarabangsa terhadap kerajaan untuk melepaskan Anwar daripada penjara.

Isu khalwat Najib

Mengenai dakwaan bahawa beliau telah ‘berubah’ kerana ingin kembali ke Malaysia, Petra membidas dalam keadaan yang marah dan mengingatkan wartawan NST itu kepada kejadian pada 1990an di Port Dickson, di mana Najib dikatakan telah ditangkap khalwat oleh jabatan agama di sebuah hotel, tapi dilepaskan tanpa pembicaraan syariah.

“Adakah anda hendak bertanya kepada Najib terhadap isu ini? Siapa kisah terhadap apa yang orang kata di bawah? Jikalau kerajaan Malaysia kata saya boleh kembali ke Malaysia, saya akan suruh kerajaan pergi mampus kerana saya cinta negara kelahiran saya, apa yang anda nak kata nanti?” kata Petra, yang dilahirkan di Surrey, UK.

Petra juga berkata dakwaan-dakwaan terhadapnya bukanlah baru, malahan beliau menambah beliau pernah dituduh murtad kerana pergi ke gereja setiap Ahad dan beliau dan isterinya telah meninggalkan Islam dan menjadi penganut Katolik.

Sementara itu, menjawab soalan bersiri daripada The Straits Times Singapura yang meliputi isu masa wawancara yang bertembung dengan pilihanraya negeri Sarawak dan dakwaan samada beliau tengah me’nuetralisasikan’ kesangsian terhadap penglibatan Najib dalam pembunuhan, Petra membidas bahawa ia adalah kelakar untuk menganggap bahawa wawancara beliau dan video seks yang ditujukan pada Anwar akan memberikan kesan terhadap keputusan pilihanraya Sarawak.

“Jika anda beranggapan demikian, maka anda patut meminta untuk ditukar ke meja servis makanan sebab anda masih jauh ketinggalan dalam memahami politik,” jawab beliau kepada wakil Malaysia akhbar tersebut, Hazlin Hassan.

Tindakan terhadap Kol Azmi

Sementara itu, akhbar Umno, Utusan Online melaporkan, seorang pegawai perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, berkuat kuasa serta merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2811:raja-petra-video-tv3-dirakam-2-bulan-lalu&catid=34:primary&Itemid=56

PM bersyukur RPK bersihkan namanya, Rosmah

Apr 14, 11 5:00pm

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan pendedahan penulis blog MalaysiaToday, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

najib rosmah and altantuya murder caseBerikutan itu, perdana menteri menganggapnya sudah selesai, lapor Berita Harian Online.

Katanya, beliau menyerahkan kepada anggota masyarakat untuk menilai pendedahan Raja Petra itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia, di Lawas, Sarawak hari ini.

Semalam, Raja Petra - dalam temubualnya dengan pengarang kumpulan TV3 malam tadi - berkata beliau tidak pernah menuduh perdana menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Sebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.


http://malaysiakini.com/news/161526

Rakyat terkejut PM rasa dirinya sudah bersih

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.

Begitulah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan dua pertiga majoriti DUN Sarawak.

Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Namun, TV3 melaporkan seolah-olah Raja Petra, seorang yang masih diburu polis sehingga kini telah membersihkan nama Najib dan Rosmah daripada kemelut Altantuya.

Turut melucukan, kenyataannya disambut baik oleh Najib, sebagai ayat sakti dalam membersihkan namanya tanpa menghiraukan bahawa Raja Petra kini masih tengah berperang media dengan Deepak Jaikishan.

Deepak pula adalah kenalan rapat Rosmah yang didakwa beliau membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal dengan Altantuya sebelum menafikannya.

“Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam iklan sabun.

"Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru,” sindir Tuan Ibrahim. (gambar)

Tambah Tuan Ibrahim, sekarang mungkin Raja Petra sudah boleh kembali dengan negara, dan rakyat tidak perlu terkejut jika kerajaan menyambutnya dengan karpet merah atas jasa besarnya kononnya telah membersihkan nama Perdana Menteri.

Cuma apa yang dibimbangi, kata Tuan Ibrahim, segala kekotoran yang asal terpalit pada Najib dan Rosmah kini mungkin akan memaluti Raja Petra ekoran wawancaranya bersama TV3.

“Sudah ada rakyat yang mula tengok beliau sebagai seorang yang kotor dan jijik ekoran wawancara itu. Soalnya, siapa yang akan bersihkannya selepas ini?” kata Tuan Ibrahim sambil menambah mungkin media tradisional BN akan digunakan sepenuhnya untuk “membersihkan” nama Raja Petra.

LAPORAN BERKAITAN

Raja Petra: Video TV3 dirakam 2 bulan lalu


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2817:rakyat-terkejut-pm-rasa-dirinya-sudah-bersih&catid=34:primary&Itemid=56

Japan's evacuees annoyed at compensation offer

AP/Hiro Komae

Two workers at Japan plant taken to hospital NISA via JIJI Press – Handout provided by Japan's Nuclear and Industrial Safety Agency (NISA) shows engineers checking …

TOKYO – The crisis at Japan's tsunami-crippled nuclear plant forced Kazuko Suzuki to flee her home without packing, ended her job at a welfare office and cost her 18-year-old son an offer for work of his own.

The plant operator's announcement Friday that it would pay $12,000 in initial compensation to each evacuated household struck her as far too little to repay her family for the economic turmoil it has already suffered.

"I'm not satisfied," said the 49-year-old single mother from Futaba, who has lived for the past month with her two teenage sons at a shelter in a high school north of Tokyo. "I feel like this is just a way to take care of this quickly."

Suzuki is among tens of thousands forced to leave their homes because of radiation leaking from the Fukushima Dai-ichi nuclear plant, unsure of when, if ever, they will be able to return. The complex's cooling systems were disabled by the March 11 tsunami, which was spawned by a magnitude 9.0 earthquake.

Some have traveled hundreds of miles (kilometers) to Tokyo Electric Power Co.'s headquarters in the capital to press their demands for compensation. Pressed by the government as well, TEPCO announced it would begin distributing money April 28.

"We have decided to pay provisional compensation to provide a little help for the people (who were affected)," TEPCO President Masataka Shimizu told a news conference.

Roughly 48,000 households living within about 20 miles (30 kilometers) of the crippled plant would be eligible for the initial payments — 1 million yen (about $12,000) for families and 750,000 yen (about $9,000) for single adults, the government said. The government said more was expected to be paid later.

TEPCO expects to pay 50 billion yen (about $600 million) in the initial round of compensation. As costs mount for the utility, Shimizu said the company would consider cutting executive salaries as well as a number of its employees.

Suzuki said the evacuation has placed a serious financial burden on her family, forcing it to buy clothes, food and other basics.

"We've had to spend money on so many extra things, and we don't know how long this could go on," she said.

Akemi Osumi, a 48-year-old mother of three also from Futaba, said the money was a "small step" but that it didn't fairly compensate larger families. Her family is living at the same shelter but also must rent an apartment for her eldest son to go to a vocational school.

"One million yen doesn't go very far," she said. "I'm not convinced at just 1 million yen per family. If it was dependent on the size of the family I'd understand, but it's not."

In the small fishing town of Namie, about six miles (10 kilometers) from the plant, store owner Masami Watanabe hurriedly inspected his shop while scores of police searched the evacuated area for bodies of those slain by the tsunami.

Watanabe, who received special permission from the government to return for a quick survey of his shop, was also critical of TEPCO's offer.

"There is no way they can compensate us for what happened here. What they are offering isn't enough. I have a mortgage to pay. And besides, it's not all about money," he said.

Watanabe rented an apartment in the northeastern city of Sendai after the evacuation, but wants to move back home.

"Who knows how long that will take," he said, as he put a garbage can in front of his shop doorway to keep burglars out.

TEPCO is still struggling to stabilize the nuclear plant and restore cooling systems that failed after the tsunami wrecked emergency backup systems as well as much of the plant's regular equipment.

Radiation leaks from the crisis have contaminated crops and left fishermen in the region unable to sell their catches, a huge blow to an area heavily dependent on fishing and farming.

The governor of Fukushima, Yuhei Sato, has vigorously criticized both TEPCO and the government for their handling of the disaster, demanding faster action.

"This is just a beginning. The accident has not ended. We will continue to ask the government and TEPCO to fully compensate evacuees," he said.

Japan's nuclear compensation law exempts the operator from liability when the accidents are "caused by a grave natural disaster of an exceptional character, or by an insurrection." However, it would be politically untenable for TEPCO to cite the tsunami as a rationale for not paying damages, given the complex nature of the problems that have unfolded at the plant, and questions over its preparedness, among other issues.

It is unclear whether TEPCO is likely to face lawsuits going forward. Most Japanese prefer to avoid the cost and publicity of going to the courts for redress, and the country relies heavily on nonjudicial resolution of disputes.

With Tokyo still suffering a power crunch because of the loss of power generated by its stricken plants, TEPCO said it planned to install gas turbines at two thermal power plants to boost output.

TEPCO, the main power supplier to the Tokyo region, said the new turbines would raise its capacity to between 50 million and 52 million kilowatts, still well below the nearly 60 million kilowatts of power consumed during peak hot weather days last summer.

The company earlier said it would only be able to provide 46 million kilowatts of capacity.

___

Associated Press writers Elaine Kurtenbach, Mari Yamaguchi and Noriko Kitano in Tokyo contributed to this report.

  • Japan's Fukushima Nuclear Plant Slideshow:Japan's Fukushima Nuclear Plant
  • Japan suffers record fall in foreign visitors Play Video Video:Japan suffers record fall in foreign visitors AFP

  • http://news.yahoo.com/s/ap/20110415/ap_on_bi_ge/as_japan_earthquake

    Friday, April 15, 2011

    Tips mengundi dalam pilihan raya

    Tips mengundi dalam pilihan raya
    Dr Mohd Asri Zainul Abidin
    Apr 14, 11
    3:33pm

    Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang.

    NONESoalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.

    Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding.

    Dalam salah satu artikel yang lalu, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan.

    Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala.

    dap miri ceramah crowd listeningJika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

    Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa' ayat 58).

    Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi Muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh bukan Islam dalam konteks negara kita ini;

    • Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).
    NONEMaka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.
    • Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman.
    NONE
    • Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.
    • Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
    NONE Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
    • Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.
    NONE
    • Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”. Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

    NONEAyat ini menjelaskan memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimumkan bahaya.

    • Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
    • Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.
    sarawak election pkr ceramah sibu 120411 crowd
    • Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka'abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.
    ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendapat sidang pengarang Malaysiakini.


    http://malaysiakini.com/columns/161513

    Adnan 'ugut' tutup semua kilang jika tidak benar Lynas beroperasi

    Khairil Abdul Rahim

    KUANTAN, 15 April: Kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses ‘rare earth’ tidak dibenarkan beroperasi disifatkan sebagai ugutan.

    Pengerusi Majlis Bertindak Rakyat Negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Syed Othman, menganggap kenyataab bersifat ugutan tersebut dibuat setelah Kerajaan Negeri Pahang terdesak dengan bantahan rakyat dan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

    Syed Ali memberi reaksi demikian kepada Harakahdaily, bagi mengulas kenyataan Adnan semalam ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke 12, yang berkata kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali kerana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.

    “Jika kerajaan mengambil tindakan menghentikan projek Lynas, maka kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali karana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.

    “Kita lihat nanti reaksi keluarga serta 20,000 pekerja Gebeng sekiranya kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan menutup seluruh kawasan perindustrian tersebut,” kata Adnan semasa mencelah perbahasan berkaitan kilang Lynas.

    Lynas Corporation Ltd (Lynas) merupakan syarikat milik penuh Australia yang memproses ‘rare earth’ bagi tujuan industri. Bahan tersebut dipunggah dari Australia manakala sisa pemprosesan iaitu bahan buangan thorium yang dikatakan mengandungi bahan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam itu, dilupuskan di Kuantan.

    Mengikut kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang, syarikat berkenaan mula beroperasi September ini.

    Syed Ali berkata, walaupun kilang Lynas merupakan pelaburan kepada negeri ini tetapi sangat berisiko yang akan ditanggung rakyat dan mempunyai kesan dalam jangka panjang yang tidak terfikir pada masa akan datang.

    “Jadi pelaburan ini secara tidak langsung boleh ‘menghalau’ pelabur yang lain kerana kesan jangka panjangnya iatu dari segi fizikal atau mekanikal, apabila berlaku bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya tidak menjamin keselamatan pelupusan radioaktif.

    “Kalau kita tengok, di Jepun semuanya pakar-pakar hebat tetapi bila berlaku Tsunami semunya hancur. Ini pula negeri ini yang tidak ada kepakaran seperti negara-negara maju, satu masa kalau berlaku bencana siapa akan bertanggungjawab,” soalnya.

    Syed Ali berkata, kenapa kerajaan negeri perlu memilih pelaburan berisiko sedangkan negeri ini pilihannya banyak kerana kaya dengan hasil hutan tropika, pelbagai sumber galian, hasil tanah dan produk pelancongan yang kaya.

    “Jadi pada saya MB hanya mengugut apabila berkata seluruh kilang di kawasan Gebeng patut ditutup jika kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi kerana bantahan rakyat,” katanya.


    http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2818:adnan-ugut-tutup-semua-kilang-jika-tidak-benar-lynas-beroperasi&catid=81:negeri-pahang

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...