Tuesday, October 7, 2008

Harga Minyak Menjunam 40% ,dibawah AS$90 setong, kerajaan mesti turunkan harga

Ditulis oleh Editor
Tuesday, 07 October 2008

Harga minyak mentah dunia menjunam kepada paras terendah sejak lapan bulan lalu apabila jatuh di bawah paras AS$90 (RM312.30) setong ekoran spekulasi krisis kewangan yang berlaku akan merangsang kelembapan ekonomi dan mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah. (Gambar - kesesakan di stesyen minyak ketika harga dinaikkan pada 4 Jun lalu)

Minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet bagi penghantaran November turun AS$4.69 (RM16.27) setong kepada AS$89.19 (RM309.48) setong pada dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange lewat tengah hari di Singapura.

AP melaporkan harga minyak mentah dunia telah jatuh hampir 40 peratus sejak berada di paras tertinggi melebihi AS$147 (RM510) setong pada Julai lalu dan kontrak pasaran hadapan tersebut didagangkan pada paras terendah ini pada awal Februari lalu.

Kemerosotan harga itu berlaku akibat kejatuhan pasaran saham dunia berikutan kebimbangan pelabur terhadap krisis hutang Amerika Syarikat (AS) turut melanda Eropah.

Justeru kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan segera dengan menurunkan harga minyak serta merta sebagaimana yang dijanjikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kelmarin, kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini jika trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah AS$100 (RM351) setong berterusan.

Namun keputusan mengenainya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet sama ada pada 24 atau 31 Oktober ini.

Ketika menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu, ia dinaikkan serta merta dan mendadak, namun apabila hendak menurunkan harga minyak, perlu tunggu keputusan mesyuarat !


http://buletinonline.net/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...