Tuesday, October 7, 2008

Mahathir tidak yakin Pak Lah lepas jawatan presiden Umno

Ditulis oleh Editor
Monday, 06 October 2008

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak percaya Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatan Presiden selagi Abdullah tidak membuat sebarang pengumuman.

"Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.
"Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji," katanya kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini..

Berhubung keputusan beliau untuk menyertai semula Umno, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah lama membuat keputusan itu iaitu sejak beliau keluar daripada Umno lagi tetapi ia bersyarat.

"Saya kata saya akan menyertai semula Umno tapi ada syarat... syarat tu kamu pun tahu.

"Tapi rupa-rupanya ramai yang keluar Umno setelah saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang-orang ini tak dapat masuk, tak adillah. Masa keluar, mereka ikut... saya masuk, mereka tak boleh ikut.

"Kita jangan lupa mereka ini punya kuasa undi. Kalau mereka berada di luar Umno dan mengundi parti lawan, Umno mungkin akan kalah," katanya yang dipetik oleh akhbar internet mStar

http://buletinonline.net/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...