Monday, November 3, 2008

Makan ubat dapat penyakit lain


Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my




SOONG WENG HONG menunjukkan kesan terbakar pada tangan kakaknya, Pekkey di Wisma MCA semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – “Mulanya anak saya cuma demam panas tetapi setelah menerima rawatan dan makan ubat, kedua tangannya seperti melecur manakala badannya pula muncul bintik-bintik merah”.

Demikian menurut Wong Shi Leng, 27, tentang keadaan anak perempuannya, Pekky Soong, 6, yang terpaksa dimasukkan ke hospital akibat penyakit barunya itu.

Menurut Shi Leng, dia membawa anaknya ke sebuah hospital swasta pukul 6 petang 13 Oktober lalu selepas mendapati anak sulungnya itu diserang demam panas.

“Selepas mendapatkan rawatan di unit kecemasan kami dibekalkan dengan beberapa jenis ubat termasuk antibiotik, batuk dan demam dalam bentuk cecair.

“Bagaimanapun, sebaik sahaja makan ubat-ubat tersebut di rumah, keesokan harinya, seluruh badannya timbul bintik-bintik merah tetapi saya sangka ia merupakan satu tindak balas,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...