Friday, January 30, 2009

Bapa campak anak dari jambatan


MELBOURNE - Seorang lelaki di Melbourne, Australia dituduh membunuh selepas mencampakkan anak perempuannya yang berumur empat tahun dari sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki tersebut, Arthur Freeman (gambar) mencampakkan gadis malang itu dari sebuah jambatan setinggi 58 meter semalam sambil disaksikan oleh dua lagi anaknya yang berumur tujuh tahun dan 23 bulan.

Pasukan paramedik dan pihak polis kemudiannya berusaha mengeluarkan mangsa daripada tebing sungai tetapi kanak-kanak itu meninggal dunia sejurus tiba di hospital akibat cedera parah.

Freeman, 35, kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa selepas dia menyerah diri di sebuah mahkamah selepas dia mencampakkan anaknya itu.

Lelaki tersebut dipercayai menghadapi tekanan perasaan selepas terlibat dalam perebutan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...