Friday, January 30, 2009

Ibu ditembak kerana rumah


KEVIN BURBIDGE

--------------------------------------------------------------------------------


MARION MERRITT

--------------------------------------------------------------------------------


DORSET - Seorang ahli perniagaan, Kevin Burbidge, 50, menembak mati ibu dan empat anjing peliharaannya selepas rumahnya dirampas oleh pihak bank di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Burbidge, 50, menembak ibunya, Marion Merritt, 71, empat kali di kepala dengan menggunakan senapang patah ketika beberapa bailif sebuah bank tiba dengan membawa notis pengusiran pada 3 Mac tahun lalu.

Dia kemudiannya menembak empat anjing peliharaannya sebelum membakar kediamannya yang berharga £250,000 (RM1.29 juta).

Lelaki itu kemudiannya cuba menembak dirinya sendiri tetapi gagal kerana tidak dapat mencapai picu senapang patah sebelum menyerah diri kepada pihak polis.

Pihak polis berkata, Burbidge mendakwa ibunya mahu mereka semua mati kerana tidak mahu menanggung derita akibat kehilangan kediaman mereka.

Lelaki itu mempunyai hutang tertunggak berjumlah £109,000 (RM562,092) selepas dia gagal dalam satu perniagaan untuk membuka sebuah pub.

Kelmarin, sebuah mahkamah di Britain menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Burbidge selepas dia mengaku bersalah membunuh ibunya pada 3 Mac tahun lalu.- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...