Friday, January 30, 2009

Edar dadah, penjaga stor digantung

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my




SHAHRULLAH (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam
selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


SHAH ALAM - Seorang bekas penjaga stor tenang sahaja ketika hukuman gantung sampai mati dijatuhkan terhadapnya.

Itu reaksi Shahrullah Abdul Rakeb, 28, ketika Pesuruhjaya Kehakiman, Abang Iskandar Abang Hashim menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Shahrullah yang diwakili peguam, Azmi Omar didapati bersalah selepas pihak peguam bela gagal menimbulkan sebarang keraguan atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,727 gram pukul 8.15 malam 11 Ogos 2005.

Tertuduh didapati memiliki dadah itu yang disembunyikan di dalam sebuah beg galas jenama Nike berwarna biru muda semasa ditangkap ketika membonceng motosikal jenis Yamaha RXZ di depan restoran McDonalds, Stesen Minyak Projet di Jalan Lingkaran Tengah 2 di Gombak.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...