Friday, January 30, 2009

"Saya tidak cukup kuat pimpin Umnp, BN Perak" - Tajol



Jumaat Januari 30, 2009

KUALA LUMPUR: "Saya tidak cukup kuat," demikian reaksi awal Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali selepas keputusannya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Umno Perak diterima oleh Majlis Tertinggi (MT).


"Ini bukan sahaja saya rasa bertanggungjawab terhadap peletakan jawatan ADUN Bota tetapi saya juga rasa tidak terpikul tanggungjawab untuk menenangkan semula Perak," kata beliau lagi.


Kedudukan Tajol itu, yang bekas Menteri Besar Perak, diganti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Najib juga akan memegang jawatan sebagai Pengerusi BN Perak.


Tajol meletak keduadua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.


Tajol menambah, tindakan beliau itu bukan daripada paksaan mana-mana pihak.


"Saya yang letak jawatan, tiada paksaan kerana ini yang terbaik buat Umno Perak," katanya lagi.



http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/30/mstar_berita/20090130015122&sec=mstar_berita

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...