Friday, January 30, 2009

Eksekutif AS makan burger


SEORANG eksekutif makan makanan segera di sebuah restoran McDonald's di New York pada Selasa lalu.


NEW YORK - Kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pekerja-pekerja bertaraf eksekutif tidak lagi menjadikan restoran mahal untuk menjamu selera, lapor sebuah akhbar semalam.

Kebanyakan eksekutif itu sebaliknya menjadikan kedai makanan segera, McDonald's bagi menggantikan restoran mahal yang pernah mereka kunjungi sebelum ini.

"Anda perlu menyimpan wang selagi anda mampu bebuat demikian," kata seorang eksekutif yang sudah meletakkan jawatan, John Castellaneta.

"Saya mempunyai dua anak yang belajar di kolej," katanya.

Pada Selasa lalu, dia makan tengah hari di restoran makanan segera itu dengan menu burger Quarter Pounder dan kentang goreng.

"Saya akan mencuba makan makanan segera sekali dalam tempoh seminggu. Ia murah dan mudah," katanya.

Seorang eksekutif jualan, Mark Drapala berkata, makanan segera itu amat berpatutan ketika krisis ekonomi melanda AS kini.

"Anda mendengar banyak berita mengenai ekonomi dan anda mahu menjimatkan wang. Ini (makanan segera) berpatutan dengan harganya," katanya.

Seorang pekerja di Wall Street, Sandy Horowitz berkata, dia mengunjungi kedai makanan segera kerana hendak menyimpan wang.

"Pada masa lalu, ketika ekonomi masih baik, saya kerap makan di restoran," katanya.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...