Friday, January 30, 2009

Jeritan pondan

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


SOAL...penguat kuasa Jaik menyoal pondan yang
ditahan dalam operasi di perkarangan Stadium Darulaman,
awal pagi kelmarin.


ALOR SETAR: “Payah sungguh nak cari ‘port’. Nak lepak pun susah,” demikian jerit beberapa pondan yang melarikan diri apabila kawasan yang menjadi sarang tempat mereka berkumpul di Stadium Darulaman, di sini, diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 2.45 pagi itu, puluhan pondan yang berkumpul di kawasan itu bertempiaran melarikan diri apabila menyedari van penguat kuasa Jaik mengepung kawasan itu.

Mereka dipercayai lari sejauh kira-kira satu kilometer semata-mata untuk mengelak daripada diberkas pihak berkuasa walaupun ada di antara mereka memakai skirt dan berkasut tumit tinggi.

Berikutan itu, seorang pondan berusia 30 tahun ditahan dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di kawasan itu, kira-kira jam 3 pagi.

Pondan itu dikatakan gagal melarikan diri dan memberi alasan menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan itu selain mendakwa tidak terbabit dengan kumpulan pondan lain yang mencari pelanggan.

Bagaimanapun, dia dikenakan saman mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988.

Dalam serbuan di lokasi berasingan, seorang pondan yang sedang menunggu pelanggan di landasan kereta api di Jalan Teluk Wanjah, dekat sini, lari sekuat hati di landasan itu sehingga gagal dikesan anggota penguat kuasa yang mengejarnya.

Harian Metro difahamkan, selepas beberapa serbuan dilakukan di beberapa sarang pondan di bandar raya ini, kumpulan pondan terbabit dipercayai berpindah ke lokasi lain berhampiran landasan kereta api terbabit untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaik, Sheikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan serbuan berterusan di lokasi yang menjadi sarang pondan di pusat bandar raya ini.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, seorang pemandu teksi berusia 50-an dicekup bersama seorang wanita berusia 40-an kerana disyaki berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel murah dekat Tandop, di sini, awal pagi semalam.

Mereka ditahan dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas mengesyaki perbuatan mereka mencurigakan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090129090550/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...