Friday, January 30, 2009

Lima ajaran sesat teras seks

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan AMMAR JAZLAN MAD LELA
berita@kosmo.com.my



--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Walaupun ajaran sesat 'Satria Piningit Weteng Buwono' yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia dipercayai tidak sempat menular ke negara ini, terdapat lima kumpulan ajaran sesat di negara ini didapati mempunyai ciri-ciri ajaran yang sama dengan berteraskan amalan seks bebas.

Ajaran-ajaran tersebut ialah ajaran Haji Ghazali Othman, ajaran Martabat Tujuh-Hamzah Embi, ajaran Tarekat Islam Muhammad Habibullah Al Hashimi @ Syed Mohd. Al Masyhor, ajaran Haji Banuar Roslan dan ajaran Zamree Ab. Wahab.

Malah, Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Hidayat Abd. Rani mendedahkan, ketika ini terdapat 23 ajaran sesat yang masih dalam siasatan jabatan itu turut dikesan mempunyai elemen seks untuk menarik perhatian pengikut.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini di Kelantan, seorang bomoh wanita didakwa menggunakan cara menari bogel beramai-ramai semasa mengamalkan sejenis ajaran persis kepada ajaran Ayah Pin.

"Perihal itu (merujuk seks) memang menjadi antara elemen yang dipertaruhkan oleh ketua ajaran sesat sebagai satu cara mudah untuk mendapat ahli yang banyak,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

Reaksi Mohd. Hidayat itu adalah sebagai mengulas ajaran sesat 'Satria Piningit Weteng Buwono' yang dikepalai oleh seorang lelaki Indonesia yang bernama Agus Noro.

Mohd. Hidayat ketika ditanya sama ada ajaran 'Satria Piningit Weteng Buwono' yang saling tidak tumpah dengan beberapa ajaran yang disenaraikan di Malaysia turut melibatkan rakyat Malaysia, beliau berkata:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...