Friday, January 30, 2009

Lapor pada mahkamah


KUALA LUMPUR: “Mangsa tidak boleh berlengah dalam hal ini, sebaliknya dia kena tahu apa perlu dilakukan. Jika perlu ke mahkamah semula, lakukanlah, asalkan maklum mengenai duduk perkara sebenarnya,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.

Beliau mengulas kes mangsa dera ibu mentua, Norsahlawati Yunus, 22, yang gagal memperoleh penjagaan anak meskipun mendakwa menerima surat ‘ex-parte’ iaitu surat perintah penjagaan sementara keluaran Mahkamah Syariah Ipoh, tahun lalu.

Noor Aziah yang juga pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata kebanyakan wanita yang berkeadaan seperti Norsahlawati, tidak fasih dengan prosedur mahkamah mengakibatkan masalah berlarutan.

Walau mahkamah buat keputusan contohnya, si isteri layak menerima nafkah untuk sekian jumlah tetapi tidak semua kes berjalan lancar kerana banyak antaranya merungut kemudian mengatakan suami tidak membayar mengikut apa diputuskan.

“Di mahkamah tiada badan khusus memantau sama ada keputusan dilaksanakan, sebab itu bila ada masalah berbangkit lebih-lebih lagi isu persendirian seperti ini, mangsa kena melaporkan kepada mahkamah,”
katanya.

Bagaimanapun dalam kes Norsahlawati, beliau berkata sukar memberitahu langkah wajar diambil kerana tidak mengetahui status prosiding kesnya.

“Dengan laporan itu tindakan selanjutnya boleh dibuat sama ada mangsa dapatkan perintah ‘menghina mahkamah’,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090129092434/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...