Friday, February 13, 2009

1.2 juta memandu secara ‘haram’ - salah siapa?

1.2 juta memandu secara ‘haram’


LAJIM menunjukkan Kios Pembaharuan Cukai Jalan ketika merasmikan Pembukaan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Jempol semalam.


JEMPOL – Kira-kira 1.2 juta orang di negara ini memandu secara ‘haram’ setiap hari kerana tidak memperbaharui lesen yang tamat tempoh.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, ini kerana pihaknya mengesan sebanyak 10 peratus daripada 10.2 juta orang pemegang lesen kenderaan di seluruh negara gagal memperbaharui lesen masing-masing pada tarikh yang ditetapkan.

“Berdasarkan maklumat diperoleh daripada sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara, nisbah pemandu yang gagal memperbaharui lesen adalah 40:4.

“Ini bermakna bagi setiap 40 orang yang diperiksa, empat daripadanya memilik lesen tamat tempoh. Kita anggarkan 10 peratus orang memiliki lesen tamat tempoh,” katanya kepada Kosmo! pada majlis Perasmian Pejabat JPJ Negeri Sembilan Cawangan Jempol, di sini semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Menurut Solah, sikap itu bukan sekadar melanggar peraturan jalan raya tetapi bakal menggundang padah apabila gagal membuat tuntutan insurans selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...