Friday, February 13, 2009

Ubah Sikap , Ganti proses kerja lapuk - PM

Ganti proses kerja lapuk

Oleh Kamarulzaman Pid

amar@hmetro.com.my

semalam." title="MESRA...Abdullah memegang tangan Mohd Khalil di PICC,
semalam." height="239" width="300" border="0">
MESRA...Abdullah memegang tangan Mohd Khalil di PICC, 
semalam.


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diingatkan supaya proses kerja yang lapuk dan perkhidmatan tidak mesra rakyat perlu diganti dengan mutu kerja yang dinamik serta perkhidmatan lebih inovatif dan kreatif supaya sentiasa relevan dengan kehendak rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata perubahan itu perlu dilakukan berikutan persekitaran semasa yang mencabar menyebabkan sektor perkhidmatan awam tidak lagi boleh berasa terlalu selesa.

“Keadaan persekitaran di mana perkhidmatan awam beroperasi sekarang lebih mencabar dan sudah banyak berubah berbanding 75 tahun dulu.

“Pelanggan kita kini lebih terpelajar dan mempunyai harapan amat tinggi terhadap kualiti, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan 75 tahun Jubli Intan JPA, bertemakan ‘Meniti Sejarah Merintis Kejayaan’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam.

Abdullah turut melancarkan buku bertajuk Kuasa Tak Ketara, Pengaruh Tak Diheboh mengenai sumbangan Ketua-Ketua pengarah perkhidmatan awam sejak 1934 hingga kini terhadap pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, penjawat awam juga tidak hanya bergantung kepada kelayakan tinggi termasuk kemahiran dan pengetahuan semata-mata, tetapi juga perlu mempunyai nilai murni.

“Mereka mesti mempunyai suatu ciri yang boleh membezakannya dengan pekerja sektor lain iaitu apa yang dikenali sebagai ‘keperibadian pegawai awam’,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213085423/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...