Friday, February 13, 2009

3 aduan polis

Oleh Riadz Radzi 
riadz@hmetro.com.my


ALOR STAR: Tiga laporan polis dibuat berhubung peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau dan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco), V Arumugam, berkuaskuasa Isnin lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata pihak terbabit membuat laporan itu kerana ragu dengan kesahihan akuan bersumpah dikemukakan bersama surat peletakan jawatan Adun itu kepada Pejabat Menteri Besar.

“Laporan sudah dibuat dan kami perlu melakukan siasatan. Sehubungan itu, Arumugam perlu tampil membantu siasatan,” katanya tanpa mahu mendedahkan pihak membuat laporan itu.

Difahamkan, laporan terbabit dibuat pengundi Parlimen Merbok yang mengandungi dua Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Bukit Selambau dan Tanjung Dawai.

Dua dari laporan itu dipercayai dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan Yan pada Selasa lalu dan satu lagi di IPD Kuala Muda, kelmarin.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 465/471 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213091421/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...