Friday, February 13, 2009

Raja Petra mohon gugur Augustine

Raja Petra mohon gugur Augustine


PUTRAJAYA: Pengendali dan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin semalam memohon Mahkamah Rayuan di sini menggugurkan seorang panel hakim, Datuk S Augustine Paul daripada mendengar permohonan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskannya, November lalu. 

Raja Petra mengemukakan permohonan itu selepas mengambil kira dua alasan iaitu Augustine pernah terbabit dalam kes perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketika itu, Raja Petra adalah Pengarah Kempen Bebaskan Anwar.

Alasan kedua ialah Augustine turut mengendalikan permohonan habeas corpus Raja Petra pada 2001, yang ketika itu berada dalam tahanan ISA.

Permohonan dibuat peguam Raja Petra, Malek Imtiaz Sarwaz di hadapan dua lagi panel hakim iaitu Datuk Nik Hashim Nik Abd Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Nik Hashim pada mulanya menolak permohonan terbabit selain mempersoalkan tindakan Malek yang lambat memaklumkan kepada mahkamah berhubung permohonan rasmi itu.

Malek memaklumkan beliau baru mendapat arahan daripada anak guamnya pagi semalam untuk memfailkan permohonan rasmi menggugurkan Augustine.

“Permohonan itu baru dibuat selepas anak guam saya mendapati Augustine adalah seorang daripada hakim yang mengendalikan kes rayuan hari ini (semalam),” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090212090157/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...