Friday, February 13, 2009

Syor hukum pihak hina institusi diraja

BATU PAHAT” “Di negara jiran, Thailand sesiapa yang menghina raja akan dihumban ke dalam penjara, begitu juga di Britain, sesiapa saja boleh mengkritik kerajaan negara itu, tetapi isu raja jangan sesekali disentuh.

“Tindakan sama patut dikenakan terhadap rakyat di negara kita yang sengaja mencemarkan kedaulatan raja di negara sendiri,” kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, tindakan tegas harus diambil segera bagi membendung tindakan tidak bermoral segelintir rakyat negara ini yang sengaja mencabar dan mencemarkan kedaulatan institusi Raja Melayu.

Menurutnya, sukar untuk menghentikan perbuatan pihak yang taksub dengan fahaman politik sehingga membelakangkan budaya menghormati raja selagi tindakan tegas tidak diambil terhadap mereka.

“Tiada alasan mengapa tindakan terhadap mereka yang mencabar kedaulatan Raja Melayu harus dilengahkan.

Jika dibiarkan ia akan terus menyentuh perasaan satu pihak yang akhirnya akan menyebabkan perpecahan kalangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kelestarian Masyarakat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213091714/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...