Friday, February 13, 2009

Lagak baik tapi penipu


DUA mangsa Zul menunjukkan salinan laporan polis mereka selepas mendakwa ditipu di Kajang baru-baru ini.


KAJANG – Sanggup mempertaruhkan agama dan rela dilanggar lori!

Sampai begitu janji seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul bagi meyakinkan kesemua mangsanya sebelum menipu mereka dengan meminjam wang.

Berselindung di sebalik watak baik, peramah dan suka membantu, Zul dikatakan sudah memperdayakan lebih 13 mangsa di sekitar Lembah Klang melibatkan wang berjumlah lebih RM100,000.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan menjual cerita keuntungan pelaburan tanah, projek jambatan, kontrak logistik, baik pulih pencawang elektrik dan juga saham untuk memancing duit mangsa.

Dia menipu mangsa di sekitar Puchong, Banting dan Jalan Klang Lama sejak tahun lalu dan kini dikatakan melarikan diri selepas beberapa mangsa membuat laporan polis.

Dua mangsanya yang mahu dikenali sebagai Kok, 38, dan Edy, 35, mendakwa Zul mengaku dirinya salah seorang pemegang saham sebuah syarikat pengedar barangan dan juga ahli perniagaan.

“Setakat ini mangsa-mangsa yang berhubung dengan kami ialah seramai 13 orang dengan jumlah kerugian mereka daripada serendah RM100 sehingga kira-kira RM30,000.

“Itu mangsa yang kami kenali tetapi berdasarkan maklumat terbaru Zul sudah pun menipu ramai lagi,’’ kata Kok ketika ditemui Kosmo!.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...