Friday, February 13, 2009

Nizar mengaku kalah

Nizar mengaku kalah



MOHAMMAD NIZAR mengumumkan kesediaannya untuk mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar kepada wartawan di Ipoh semalam.


IPOH – Setelah lebih seminggu ‘berkubu’ di kediaman rasmi Menteri Besar, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya akur untuk meninggalkan premis berkenaan.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim memaklumkan kepadanya mengenai perkara tersebut dan akan menyerahkan notis pengosongan dalam masa terdekat.

“Baru sebentar tadi, saya dihubungi beliau (Abdul Rahman) yang memaklumkan notis untuk mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dan akan diserahkan kepada saya bila-bila masa.

“Baiklah, saya dan keluarga akan mengosongkan kediaman rasmi ini secara rasmi dan terhormat sebaik sahaja terima notis,” katanya dalam sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini semalam.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar memohon tempoh 10 hari diberikan bagi membolehkan beliau dan keluarganya membawa keluar barangan peribadi dari premis berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...