Friday, February 13, 2009

Nizar kosongkan kediaman MB

Oleh Mohd Husni Mohd Noor 
mhusni@hmetro.com.my 

kediaman Menteri Besar, semalam." title="UMUM...Nizar (tengah) mengumumkan keputusannya untuk mengosongkan
kediaman Menteri Besar, semalam." height="179" width="300" border="0">
UMUM...Nizar (tengah) mengumumkan keputusannya untuk mengosongkan 
kediaman Menteri Besar, semalam.

IPOH: “Saya selaku Menteri Besar yang sah, saya dengan rela hati akan menyerahkan kediaman (rasmi Menteri Besar) dalam tempoh tujuh hingga 10 hari dari sekarang.

“Secara rasminya...dengan cara terhormat, saya akan keluar dari sini dan menyewa kediaman lain berhampiran sekolah anak saya,” kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini semalam. 

Katanya, beliau akan keluar dari kediaman itu kerana akur bahawa hal terbabit adalah peraturan dan tidak menjejaskan apa-apa tindakan yang dibuat sebelum ini. 

Mohammad Nizar membuat keputusan meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Di Hilir itu selepas tujuh hari berkubu berikutan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru. 

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima panggilan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim, petang semalam.

Kata Mohammad Nizar, beliau akan menyewa sebuah rumah di bandar raya ini dan maklumat media pula akan disalurkan seperti biasa menerusi setiausaha akhbarnya. 

Ketika ditanya perasaannya selepas meninggalkan kediaman itu kelak, dengan nada jenaka beliau menjawab: “Saya akan berhijrah sekejap dari kediaman ini dan kemudian akan datang balik. Insya-Allah.”

Serentak dengan keputusan itu juga kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak akan menyerahkan 11 kenderaan rasmi Toyota Camry kepada kerajaan baru.

Mohammad Nizar sekali lagi menegaskan PR Perak tidak berganjak daripada rancangan memfailkan saman terhadap pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak kerana mendakwa beliau masih menerajui negeri ini. 

“Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok (hari ini) menerusi 12 panel peguam yang dilantik untuk menguruskan kes itu,” katanya.

Esok juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat akan menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213091743/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...