Beliau berkata kaum-kaum lain di Malaysia harus diberi peluang untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri, lapor Bernama
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen ketika mengulas laporan media bahawa beliau telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar dilaporkan dalam satu temu bual dengan harian berbahasa Cina pada 26 Nov lepas, membuat tawaran itu.
Menurut laporan agensi berita itu lagi, kenyataan Anwar nampak berbeza dengan  pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pakatan  tidak pernah memutuskan melantik sesiapa sebagai perdana menteri dan timbalan  perdana menteri, dan kenyataan Anwar sebelum ini adalah pandangan  peribadi.
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita di Pameran Antarabangsa  Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 kelmarin  berkata beliau tidak mengetahui langsung mengenai pelantikan Lim sebagai  Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan itu menang pilihan raya umum ke-13  nanti.
Anwar, ketika diminta pemberita mengesahkan adakah beliau akan  melantik Lim berdasarkan kenyataannya dalam temu bual dengan harian berkenaan,  berkata kenyataannya telah diputarbelitkan oleh media.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Dalam  perkembangan lain, Anwar berkata beliau sudah menjangkakan bahawa Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pilihan raya lebih awal dan  keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi untuk menangguhkan pemilihan  parti, yang sepatutnya diadakan tahun depan, adalah bagi tujuan itu.
MT  Umno menangguhkan pemilihan parti itu di peringkat cawangan, bahagian dan MT  tahun depan selama 18 bulan dan Najib dilaporkan berkata keputusan itu adalah  bagi memperkukuhkan parti.
Anwar mendakwa pemimpin Umno tidak berani  mengadakan pemilihan parti mengikut sistem pengundian baru yang diluluskan tahun  lepas, dan hanya pandai menyerang partinya.
Beliau juga meminta Najib  menyatakan tarikh pilihan raya umum akan diadakan.
"Saya cabar Najib  membuktikan beliau mengamalkan demokrasi dan saya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) membersihkan senarai pengundi dan biar rakyat buat keputusan," kata  beliau.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/149763
 
 
No comments:
Post a Comment