Dis 3, 10
1:08pm
"Pihak polis merasa kesal kerana terdapat pemimpin negeri yang menggalakkan orang ramai terlibat dalam perhimpunan dan perarakan yang menyalahi undang-undang.
"Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang berlandaskan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganjur dan turut serta dalam perhimpunan haram ini," kata Zulkifli lagi.
Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang  kenaikan harga air di negeri itu dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi  menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan berbaju  merah itu berkemungkinan bertembung dengan kumpulan NGO antipenyelewengan  kerajaan negeri (berbaju hitam) - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) -  yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.Kedua-dua kumpulan berkenaan setakat ini mengakui belum  memohon sebarang permit berhimpun daripada pihak polis. 
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata, pihaknya sehingga ini  belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana kumpulan untuk mengadakan  perhimpunan pada hari berkenaan.
Tak halang serah  memorandum
"Sekiranya perhimpunan ini diadakan, maka ianya adalah  perhimpunan tanpa permit polis sepertimana peruntukan Seksyen 27(5) Akta Polis  1967.
"Justeru ia merupakan satu perhimpunan haram," kata Zulkifli dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, polis tidak menghalang tindakan untuk  menyerahkan memorandum.
"Tak sepatutnya berlaku sebab pada saya ada cara  lain lagi untuk menyampaikan memorandum, tidak melalui perarakan dan  perhimpunan.
"Tuan-tuan sendiri tahu, tanpa perhimpunan pun KL akan  sesak. Bila sesak akan timbul perasaan marah pemandu dan mungkin akan timbulkan  ketegangan dan situasi yang menggugat ketenteraman awam. Itu yang kita hendak  elak," katanya lagi.
Katanya lagi penganjur bagi perhimpunan berkenaan  akan dianggap menggalakkan perbuatan jenayah
'YB  galak perbuatan jenayah'
"Saya kesal ada pemimpin negeri yang  sanggup mengajak orang untuk berhimpun dan berarak yang kita tahu ikut  undang-undang tak boleh," katanya yang menganggap penganjuran itu sebagai  "menggalakkan perbuatan jenayah."
"Lebih-lebih lagi kalau melibatkan  pemimpin negeri atau yang berhormat-yang berhormat," kata ketua polis Kuala  Lumpur yang baru itu lagi.Tambahnya, maklumat berkenaan penganjuran perhimpunan  berkenaan yang diperolehi daripada laman blog dan laporan media menyatakan,  salah satu perhimpunan berkenaan diadakan bagi membantah pengurusan air  Selangor.
Kumpulan berkenaan akan berhimpun di Masjid Negara dan bergerak  ke Istana Negara bagi menyerah memorandum bantahan ke atas pengurusan Syarikat  Air Selangor (Syabas), katanya.
"Kita juga menerima maklumat bahawa  terdapat satu kumpulan laun yang akan berhimpun di Stadium Negara dan bergerak  ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan dan  kelemahan kerajaan Selangor," katanya lagi.
http://malaysiakini.com/news/149887
 
 
No comments:
Post a Comment