Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.
Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.
Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, Shamsul berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.
Menurut beliau jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.
Kesan buruk
"Kalau kita lihat sepatutnya  70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia  ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan  itu," katanya.
Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang  relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan  kesan buruk antara kaum.Sementara itu bagi pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri  Dr Khoo Kay Kim istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak  wujud dalam perlembagaan negara,.
Beliau berkata dalam aspek sejarah,  hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu  menunjukkan taat setia kepada raja.
"Sebelum ini tidak pernah disebut  'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak  betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi  dipijak, di situ langit dijunjung.
"Orang Melayu mendapat hak  keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting.  Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu  dipersoalkan," katanya.Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan  oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli  politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi  antara kaum.
"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada  perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat  untuk bergaduh," katanya.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/149648
 
 
No comments:
Post a Comment