Nik Aziz sedia terima Kit Siang sebagai TPM
 Dis 1, 10 6:45pm
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim  Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui  kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
 Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun  berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang  termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.
Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun  berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang  termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.
"Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa.
"Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Lim  dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat  berkuasa.
Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS  sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu  berhubung perkara berkaitan Islam.
Justeru, sebarang perbalahan jika  Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak  timbul.
"Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak  mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS  boleh tegur,” katanya.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/149735
 
No comments:
Post a Comment