Selain itu, katanya, projek berkenaan mesti juga menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih luas dalam ruang kawasan terbabit dan mewujudkan peluang perniagaan.
"Projek ini mesti memenuhi syarat-syarat tersebut dan jika ia dipenuhi, ia boleh diteruskan.
"Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean ke-7 bertema "Discovering Tomorrow's Asean", di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri berkata, ia adalah projek jangka panjang dan tidak harus dilihat bagi tempoh satu atau dua tahun.
Semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa  rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan  menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda  Lembah Klang.“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100  tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada  persidangan "Revisiting Vision 2020".
"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya  bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang  mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat  berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana  berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat  perkiraan kewangan.
Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan  menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan  oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Ia merupakan kenyataan yang semberono. Kita  bercakap mengenai kesinambungan.
"Apa yang sudah dilakukan oleh Tun  Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan  bergerak dan memajukan Malaysia."
Selain itu, beliau berkata Warisan  Merdeka merupakan projek 10 tahun dan melepasinya dan kawasan di sekitar Stadium  Merdeka, lokasi projek itu, merupakan kawasan strategik.
"Jika anda lihat  latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini.  Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih  banyak lagi.
"Baik kita bayangkan KL pada tahun 2020. Cuba lihat  perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia  merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir," kata Najib.
http://malaysiakini.com/news/149558
 
 
No comments:
Post a Comment