Dokumen tersebut mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli  perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.Sebelum ini, terdapat juga laporan yang mengaitkan beberapa  syarikat di Malaysia yang melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan  sekatan badan dunia itu.
Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada  3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada  kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti  sebagai dalang berkenaan.
Senjata nuklear Iran
Syarikat dari negara  Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear  negara berkenaan.
Menurut kabel berusia sembilan bulan yang  diklasifikasikan 'rahsia' itu, kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk  menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang  usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co  Inc.Giroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan  orientasi dan penstabilan objek yang terbang.
Menurut kabel itu lagi,  giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component  Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah “dikuasai oleh Missile  Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu  China”.
Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru  berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa  manusia, kata laman itu lagi.Menurut kabel itu lagi, ECL, bersama satu lagi syarikat  Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian  syarikah hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi  pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.
Entiti itu termasuk  Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang dikatakan pembuat utama bahan  dorongan cecair peluru berpandu balistik dan Heavy Metal Industries, sebuah  “syarikat hadapan” untuk pembuat peluru berpamndu taktikal - Ya Mahdi  Industries.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/149591
 
 
No comments:
Post a Comment