Interpol keluar arahan tahan pengasas WikiLeaks
Dis 1, 10 12:35pm
Agensi polis antarabangsa Interpol menyatakan ia sudah mengeluarkan arahan  kepada negara anggota untuk menahan pengasas WikiLeaks, Julian Assange, yang  disyaki merogol berasaskan waran tangkap Sweden.
 “Terdapat notis awam 'Red Notice' bagi pihak Sweden,” kata  seorang jurucakap wanita yang mengesahkan Interpol sudah meletakkan permohonan  bantuan Sweden bagi mengesan rakyat Australia berusia 39 tahun itu di laman  webnya.

Pejabat Pendakwaraya Antarabangsa Sweden di Gothenburg mengeluarkan waran tangkap terhadap aktivis terbabit pada 18 November lalu kerana "disyaki merogol, mencabul dan memaksa".
Assange yang tidak diketahui lokasinya sekarang, mencabar waran itu di mahkamah rayuan Sweden tetapi usaha pertama beliau ditolak minggu lalu dan beliau mengemukakan permohonan kedua.
Beliau kini berhadapan risiko ditangkap dan diekstradisi ke Sweden di seluruh dunia jika pihak berkuasa negara anggota bertindak terhadap waran itu.
- AFP
[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/149659
 
No comments:
Post a Comment