Dr Mahathir berkata, keadaan ini mungkin boleh memberi kesan kepada sektor perbankan kerana ia boleh membawa kepada hutang jangka panjang.
"Kita pernah melihat ini berlaku di Jepun, Hong Kong dan Dubai baru-baru ini. Jika kita terlebih bina bangunan dan tidak dapat raih pendapatan, maka kita tidak dapat membayar hutang kepada bank dan ini menjuruskan kepada muflis.
"Jadi, kita perlu lebih berhati-hati," kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Mobiliti Mampan 2010 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas artikel di blognya baru-baru ini yang berpendapat kemungkinan berlakunya letusan gelembung hasil daripada lebihan bangunan di Kuala Lumpur.
Semata-mata spekulasi
Mengenai Menara  Warisan PNB setinggi 100 tingkat, Dr Mahathir berkata projek itu perlu  diteruskan seperti yang dirancang jika pembeli asli benar-benar berminat  terhadap menara itu dan bukannya semata-mata spekulasi.
"Jika ada  pembeli, tak mengapa. Apa yang saya bimbangkan ialah jika mereka hanya  spekulator, membeli dengan harapan yang hartanah itu akan meningkat,"  katanya.Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata  pembinaan menara itu akan diteruskan jika ia berdaya maju secara komersial dan  menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih luas dalam lingkungan kawasan  berkenaan serta menyediakan peluang perniagaan.
Mengenai persidangan  berkenaan, Dr Mahathir berkata ia adalah platform yang amat sesuai untuk para  penyelidik dan pakar dalam bidang itu untuk membincangkan kepentingan pergerakan  yang mampan dan teknologi hijau.
Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk  semua pengeluar kereta merealisasikan dan menggunakan sepenuhnya potensi  teknologi hijau kepada industri.
Persidangan tiga hari yang bermula hari  ini itu dianjurkan SAE International Malaysia Section dengan Universiti  Teknologi Malaysia (UTM).
Ia bertujuan menyediakan peluang untuk peserta  bertukar pendapat, penemuan, meningkatkan perkongsian pengetahuan dan bekerja  sama dalam bidang mobiliti mampan.
Persidangan itu turut mengetengahkan  model elektrik Proton Saga yang dimajukan hanya dalam tempoh 11 bulan oleh  Proton dengan kerjasama UTM.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/149716
 
 
No comments:
Post a Comment