Nov 30, 10 7:28pm
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir hari ini membentangkan  belanjawan defisit berjumlah RM862.33 juta bagi tahun 2011 dengan memperuntukkan  RM589.33 juta untuk perbelanjaan mengurus manakala RM273 juta untuk  pembangunan.
Dakwanya, Perak mampu berbelanja lebih untuk pembangunan rakyat kerana ia mempunyai rizab simpanan yang tinggi.
Menurut Zambry, kerajaan negeri memiliki wang simpanan yang cukup tinggi, dan ia seharusnya digunakan bagi menjayakan agenda pembangunan rakyat.
 Beliau berkata setiap kali berlaku unjuran defisit, pasti  akan ada pihak yang mempertikai kononnya negeri kurang wang, namun menurutnya ia  sebenarnya hanya "suara-suara liar" pihak yang membuat analisis yang tidak  betul, tanpa sebarang fakta tepat.

"Adakah kita mahu bangga dengan simpanan tinggi tetapi tidak guna duit untuk pembangunan rakyat," katanya pada satu persidangan berita di Ipoh selepas membentang Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini yang menyaksikan defisit diunjurkan sebanyak RM29.91 juta berbanding RM23 juta pada bajet tahun ini.
Zambry mengumumkan bahawa kerajaan negeri mempunyai rizab yang tinggi mengikut nilai buku pada 23 November 2010 menjangkau RM753.6 juta.
Beliau seterusnya menolak andaian sesetengah pihak kononnya bajet yang dibentangkan ialah "bajet pilihan raya", dan menurutnya bajet kali ini adalah bajet sosial dengan penekanan kepada sektor swasta dan kerajaan untuk sama-sama menggerak ekonomi negeri.
Dakwanya, Perak mampu berbelanja lebih untuk pembangunan rakyat kerana ia mempunyai rizab simpanan yang tinggi.
Menurut Zambry, kerajaan negeri memiliki wang simpanan yang cukup tinggi, dan ia seharusnya digunakan bagi menjayakan agenda pembangunan rakyat.
"Adakah kita mahu bangga dengan simpanan tinggi tetapi tidak guna duit untuk pembangunan rakyat," katanya pada satu persidangan berita di Ipoh selepas membentang Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini yang menyaksikan defisit diunjurkan sebanyak RM29.91 juta berbanding RM23 juta pada bajet tahun ini.
Zambry mengumumkan bahawa kerajaan negeri mempunyai rizab yang tinggi mengikut nilai buku pada 23 November 2010 menjangkau RM753.6 juta.
Beliau seterusnya menolak andaian sesetengah pihak kononnya bajet yang dibentangkan ialah "bajet pilihan raya", dan menurutnya bajet kali ini adalah bajet sosial dengan penekanan kepada sektor swasta dan kerajaan untuk sama-sama menggerak ekonomi negeri.
Mana diambil bajet tambahan
Sementara itu, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad  Nizar Jamaluddin mempersoalkan bajet defisit itu.“Kita hendak tanya dari mana akan diambil mana bajet  tambahan,” katanya.
Baginya, bajet itu ada unsur bajet pilihan raya  seperti pertambahan elaun baru kepada ketua JKKK selain mengandungi unsur untuk  beli dan mengula-gulakan rakyat.
“Kami akan jawab dalam ucapan dan akan  bentang bajet alternatif,” katanya lagi.
Katanya, isu-isu besar mengenai  permasalahn rakyat masih tidak dibentang dan bajet itu menggambarkan tidak ada  peruntukan yang menyeluruh.
http://malaysiakini.com/news/149623
 
No comments:
Post a Comment