Keruah Usit
Dis 1, 10
1:24pm
Dis 1, 10
1:24pm
Enam ibu bapa dari komuniti Lun Bawang, Kelabit dan Iban berang apabila keturuan  asal anak-anak mereka dicatatkan sebagai 'Melayu' pada dokumen Jabatan Pelajaran  Sarawak.
 “Agama kita adalah Kristian. Kita tak puas hati... pihak  sekolah sudah tukar status anak-anak kita kepada keturunan Melayu yang jelas  salah dan tidak boleh diterima,” adu ibu bapa berkenaan dalam sepucuk surat  kepada presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina.

Mereka juga menuntut amalan itu disiasat dan dihentikan segera.
Kesilapan itu disedari apabila mereka meneliti laporan kad kemajuan murid-murida pada pertengahan dan akhir tahun. Menurut iba-bapa mereka alasan yang diberikan oleh Sekolah Temenggong Datuk Murip itu adalah kerana 'prosedur pentadbiran yang standard'.
 Pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian yang juga seorang peguam  berketurunan Lun Bawang berkata: “Kami telah diminta oleh ibu bapa yang bimbang  itu mengenai status anak-anak mereka tiba-tiba ditukar dalam laporan kad  kemajuan mereka. Status yang saya rujuk adalah mengenai keturunan  mereka.

“Menurut ibu bapa yang membuat aduan itu, anak-anak mereka dilahirkan sebagai pribumi Sarawak tetapi kini diklasifikasikan sebagai keturunan Melayu. Sepatutnya mereka dikategorikan sebagai bangsa lain-lain seperti yang diamalkan sebelum ini.”
Baru Bian juga berkata ibu bapa berkenaan adalah pribumi mengikut Artikel 161A perlembagaadan tidak boleh ditakrif sebagai Melayu kerana mereka bukan Islam, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian ataupun mengamalkan adat resam Melayu seperti yang disyaratkan oleh Artikel 160.
Katanya, seorang ibu bapa memaklumkan kepadanya bahawa status yang dicatatkan sebagai Melayu itu tidak boleh ditukar semula kerana “ia telah berada dalam sistem dan pegawai pelajaran tidak ada untuk membuat pindaan”.
Mereka juga menuntut amalan itu disiasat dan dihentikan segera.
Kesilapan itu disedari apabila mereka meneliti laporan kad kemajuan murid-murida pada pertengahan dan akhir tahun. Menurut iba-bapa mereka alasan yang diberikan oleh Sekolah Temenggong Datuk Murip itu adalah kerana 'prosedur pentadbiran yang standard'.
“Menurut ibu bapa yang membuat aduan itu, anak-anak mereka dilahirkan sebagai pribumi Sarawak tetapi kini diklasifikasikan sebagai keturunan Melayu. Sepatutnya mereka dikategorikan sebagai bangsa lain-lain seperti yang diamalkan sebelum ini.”
Baru Bian juga berkata ibu bapa berkenaan adalah pribumi mengikut Artikel 161A perlembagaadan tidak boleh ditakrif sebagai Melayu kerana mereka bukan Islam, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian ataupun mengamalkan adat resam Melayu seperti yang disyaratkan oleh Artikel 160.
Katanya, seorang ibu bapa memaklumkan kepadanya bahawa status yang dicatatkan sebagai Melayu itu tidak boleh ditukar semula kerana “ia telah berada dalam sistem dan pegawai pelajaran tidak ada untuk membuat pindaan”.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/149674
 
No comments:
Post a Comment