Jun 13, 11
2:19pm
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan  menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan  Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai  “mengacau”.Ketuanya, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan  habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk  turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
"(Jika mereka  teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim  pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Ibrahim, yang juga ahli  parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk  perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju  bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.
Beliau yang juga pernah  dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah  demi menjamin kepentingan demokrasi."Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun,  mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan  halang mereka (perhimpunan BERSIH),” katanya.
BERSIH 2.0 yang diketuai  oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di  Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu  petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan  reformasi sistem pilihan raya negara.
- Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
- Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
- Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
- Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
- Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
- Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
- Tempoh kempen minimum 21 hari
- Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
- Menghapuskan rasuah pilihan raya
[Baca berita penuh]
 
 
No comments:
Post a Comment