Jun 7, 11
10:23am
“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.
“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.
Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.
Kerja sambilan
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindahkan kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.
Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.
“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.
Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.
Mahu tukar kerajaan
“Kalau waktu cuti,  saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.
Justeru, Alvin, 22  berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara  bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.Keadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German  Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama  keluarganya.
“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata  Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang  guru.
Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak  terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia  merupakan negara pengeluar komoditi itu.
Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.
Lebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan  negara perlu ditukar.
“(Tetapi) demonstrasi  tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah.  Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.
'Kerjaaan juga perlu berjimat'
Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau  tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan  melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.
“Mereka juga ada komitmen  (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah  lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.
Manakala  seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan  kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar  mana”.“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga  mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.
“Kalau boleh turunkan harga  barang,” katanya lagi.
Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.
http://malaysiakini.com/news/166218
 
 
No comments:
Post a Comment