SKMM: Sekat laman web bukan penapisan
Jun 10, 11 10:07am
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan hari  ini menjelaskan penyekatan beberapa laman sesawang pada akhir-akhir ini bukan  satu bentuk penapisan.
Sebaliknya, menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.
 “Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa  pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis  dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang  semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu  kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.
Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:ThePirateBay.org
Sebaliknya, menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.
“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.
Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:ThePirateBay.org
- MegaUpload.com
- FileServe.com
- DepositFiles.com
- FilesTube.com
- Warez-BB.org
- Movie2k.to
- MegaVideo.com
- PutLocker.com
- DuckLoad.com
http://malaysiakini.com/news/166500
 
No comments:
Post a Comment