Jun 9, 11
1:06pm
Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.
"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan  kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport  ke Bali untuk membeli barang.
"Pembayaran seterusnya saya terima  kira-kira RM500,000... setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali  pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala  tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri," katanya  semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd  Daud.
Nasir memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes Dr Mohamad  Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah  Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang  terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui  Shamsuddin.
Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam  diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis  2004 dengan harga RM6.5 juta.Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir  mengetahui bahawa Shamsuddin (kanan) mempunyai hubungan dengan tugas  rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir,  yang juga ADUN kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di  kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah  Alam pada 29 Mei 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. 
Nasir yang diperkenalkan kepada Dr Mohamad Khir oleh ADUN Tanjung Sepat,  Datuk Dr Karim Mansor, berkata Shamsuddin dilantik oleh bekas Menteri Besar itu  sebagai pengurus dalam urusan kerja-kerja pengubahsuaian banglo  tersebut.
Ditanya mengenai siapa pemilik sebenar banglo itu, saksi itu  menjawab: "Saya keliru sebab yang beri arahan Dr Mohamad Khir tetapi bila dapat  pelan ada nama Ditamas Sdn Bhd. Pelan itu telah diluluskan."
"Semasa awak  terima wang, awak tiada akaun bank, jadi bagaimana awak uruskan wang?" soal  Masri dan Nasir menjawab: "Saya bayar pada supplier (pembekal) dan sebahagian  wang itu saya simpan untuk beri kepada pekerja yang diupah."Ada atau tidak pada bila-bila masa awak kemuka sebarang  sebut harga pada Dr Mohamad Khir?" soal Masri dan saksi itu menjawab: "Ya. Pada  Dr Mohamad Khir sendiri dan bila dirujuk (sebut harga) Dr Mohamad Khir minta  kurang sikit."
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M Athimulan  yang mewakili Dr Mohamad Khir berhubung status muflisnya, Nasir berkata beliau  muflis sejak 1998 dan kemudiannya bebas daripada status muflis pada 2008. 
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki.
 
 
No comments:
Post a Comment