Mei 21, 11
4:24pm
Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.
"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.
"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.
Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Terlalu singkat
Dua perkara itu adalah  berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga  rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh  pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah"  berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat."Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan  pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.
"Jadi kita minta tempoh yang  munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.
Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk  membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh  negara.
"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih  besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.
"Kita mahu mengelak  kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya  untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia,"  katanya.Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari  PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman  Mohamad.
Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH  2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan  memorandum kepada pihak tertentu.
PAS saja 100 ribu  
Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan  rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang  pertama yang mengambil masa selama enam bulan.
Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.
"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja  untuk menarik para penyokong."Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya  menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat  roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan  tersebut.
Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi  membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam  Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.
Kamaruzaman yang  mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai  himpunan tersebut.
http://malaysiakini.com/news/164745
 
 
No comments:
Post a Comment