Jun 15, 11
10:41am
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim melahirkan  rasa kekecewaannya apabila tindakan kerajaan membanteras jenyah siber menerima  reaksi negatif.Mengulas ancaman sesetengah pihak untuk menggodam laman web  kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail,  Rais berkata penggodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran  mereka.
"Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di  Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan,” katanya.
Ahad lalu  sekumpulan penggodam memberi amaran akan menyerang laman kerajaan bermula hari  ini sebagai reaksi kepada penyekatan laman-laman berkenaan.
Rais berkata kumpulan luar negara yang dikenali "Anonymous" yang mahu  menggodam laman web www.malaysia.gov.my, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka  tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.
"Kita telah memberitahu  perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan  pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan  Media Sosial Sedunia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.
Rais berkata kerajaan  juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan. 
 
 
No comments:
Post a Comment