Nasir: Khir mohon tiada catatan bayaran RM6 juta
 Hazlan Zakaria
Jun 13, 11
1:58pm
Jun 13, 11
1:58pm
Pereka lanskap Nasir Ismail bertegas di mahkamah hari ini bahawa beliau dibayar  lebih RM6 juta oleh bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk  kerja-kerja pengubahsuaian rumah mewahnya di Shah Alam.
 Beliau mempertahankan kenyataannya ketika disoal oleh  peguam bela M Athimulan, yang mempertikaikan dakwaan Nasir ketika prosiding hari  keempat berhubung kes dakwaan rasuah oleh Khir.

Athimulan (kanan) berkata oleh kerana tiada rekod pembayaran yang didakwa diterima dari Khir yang dibuat sejak 2006 dan tiada dokumen bagi mencatatkan perkembangan kerja serta bayaran yang dibuat, maka Nasir tentunya berbohong.
Katanya semua yang didakwa Nasir adalah imaginasi pereka itu.
Athimulan juga membekalkan perjanjian bernilai RM1.5 juta yang ditandatangani oleh Nasir dan Khir pada Mei 2007, yang didakwanya kontrak sebenar antara mereka berdua dan kerja-kerja pengubah-suaian hanya berlaku pada tahun berkenaan.
Nasir bagaimanapun tidak berganjak dengan keterangannya sebelum ini. Tegasnya, kerja-kerja pengubah-suaian rumah mewah Khir di Shah Alam bermula pada 2006 dan lebih RM6 juta dibayar kepadanya.
Katanya lagi, tiada catatan dibuat adalah kerana atas permintaan Khir.

Nasir memberi keterangan pada perbicaraan kes Dr Mohamad  Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah  Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang  terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui  Shamsuddin.
Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5  juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5  juta.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/166737
 
No comments:
Post a Comment