Jun 16, 11
8:55am
Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan  Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41  berjaya digodam.
Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak  berjaya.
“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap  serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia  hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan  SKMM.
Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran  serangan.Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka  sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa  telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan  sementara oleh pentadbirnya.
Tinjauan Malaysiakini sehingga jam  9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi  kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat  dilayari.
Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat  dilayari: 
- SabahTourism.com
- ASEAN connect
- Bomba
- Perbendaharaan Malaysia
- Parlimen Malaysia
- JobsMalaysia
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
- Majlis Sukan Negara
Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang  digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman  berkenaan.“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet  yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay  dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat  mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan  televisyen.
“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya  cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa  rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada  orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris  itu lagi.Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta  peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai  tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.
Minggu lalu  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web  termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang  hak cipta.
[Baca  berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/167069
 
 
No comments:
Post a Comment