Jun 1, 11
4:55pm
Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad secara sinis berkata, menjadi  kebiasaan kepada pemimpin berhujah bahawa rakyat bawahan tidak terjejas setiap  kali berlaku kenaikan harga barang."Hujah mereka kenaikkan tarif baru hanya membabitkan  industri, tidak melibatkan pengguna biasa.
"Sedangkan kenaikan tarif  akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik di rumah tidak naik, tetapi  barang keperluan akan naik," kata Idris.
Isnin lalu, kerajaan mengumumkan  kenaikkan tarif elektrik dengan  purata sebanyak 7.12 peratus sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi  yang berkuatkuasa hari ini.
Idris juga mengetengahkan semula pandangan ketua ekonomi Ratings  Agency Malaysia Yeah Kim Leng yang berpendapat harga barang makanan akan turut  meningkat ekoran kenaikan tarif elektrik.
Menurut analisis Yeah, walaupun  75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikkan tarif elektrik,  rakyat tetap memikul beban apabila pengeluar memindahkan kos yang lebih tinggi  kepada pengguna.
http://malaysiakini.com/news/165750
 
 
No comments:
Post a Comment