BERSIH pelawa BN sertai Perhimpunan Rakyat
 Kuek Ser Kuang Keng
Mei 26, 11
3:46pm
Mei 26, 11
3:46pm
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua  parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut  pilihan raya yang bebas dan adil.
 “Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah  insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik,” kata  pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala  Lumpur.

Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.
"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat.”
 Pengumuman pertama perhimpunan itu dibuat oleh ahli  jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu pada Sabtu lalu. Tetapi jelas Ambiga, PAS  dimaklumakan berhubung inisiatif berkenaan melalui mesyuarat BERSIH 2.0  baru-baru ini, di mana wakil beberapa kumpulan turut dijemput.

"Kami bermesyuarat dengan beberapa NGO dan kumpulan lain termasuk PAS kerana mereka mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan seumpama ini,” katanya.
 Mengulas reaksi dingin daripada Hishammuddin, yang  menganggap perhimpunan itu sebagai cubaan menimbulkan huru-hara dan memburukkan  imej antarabangsa Malaysia, Ambiga berkata pemimpin politik yang berkuasa mesti  menukar tanggapan mereka berhubung perhimpunan aman yang menjadi hak  perlembagaan setiap rakyat.

"Kami tidak akan berundur. Ia pada 9 Julai dan ia akan diadakan,” katanya lagi.
Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.
"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat.”
"Kami bermesyuarat dengan beberapa NGO dan kumpulan lain termasuk PAS kerana mereka mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan seumpama ini,” katanya.
"Kami tidak akan berundur. Ia pada 9 Julai dan ia akan diadakan,” katanya lagi.
http://malaysiakini.com/news/165198
 
No comments:
Post a Comment