Jun 13, 11
1:19pm
Perkara itu ditimbulkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) kerana ramai pelajar yang merungut gagal mendapatkan biasiswa JPA di sebalik memperolehi keputusan cemerlang.
Soalan yang sama diajukan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin tahu bagaimana kerajaan mendakwa pihaknya telus apabila tidak ada sesiapa yang mengetahui mengenai kelayakan penerima biasiswa berkenaan.
"Adalah juga menjadi dasar kerajaan untuk tidak mendedahkan senarai penerima  biasiswa dan markah merit yang mereka peroleh kepada umum untuk memelihara  kerahsiaan dan hak individu tersebut," kata Nazri.
Beliau mengulangi  bahawa kerajaan telah memperuntukkan 1,500 biasiswa untuk pengajian peringkat  ijazah di luar negara, 2,500 untuk program ijazah tempatan dan swasta dan 8,000  lagi kursus diploma yang boleh diteruskan ke peringkat ijazah.
Kekeliruan
"Terdapat juga kekeliruan di kalangan masyarakat yang menyangka bahawa JPA  turut menawarkan tempat atau kursus pengajian di samping penajaan.
"Pada  hakikatnya, JPA hanya menawarkan penajaan manakala tempat atau kursus bagi  pengajian di matrikulasi dan universiti dalam negara ditawarkan oleh Kementerian  Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.Nazri juga menolak dakwaan berlakunya salah guna kuasa yang  ditimbulkan oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung pengagihan  biasiswa.
“Tiada alasan konkrit salah guna kuasa dalam pemberian  biasiswa. Hakikatnya ia dilaksanakan secara telus dan teratur seperti yang  diarahkan oleh kabinet pada keputusan yang dibuat pada 14 Januari 2009.”
Nazri menjelaskan bahawa antara faktor yang menyebabkan ramai pelajar  cemerlang tidak berjaya ditawarkan penajaan ke luar negara adalah kerana  bilangan pelajar cemerlang yang semakin bertambah dan penajaan yang terhad  mengikut kemampuan kewangan kerajaan.
"Ramai juga pelajar cemerlang  memilih bidang yang popular seperti perubatan dan kejuruteraan berbanding bidang  yang kurang dipohon seperti sastera dan sains turut menyebabkan mereka gagal  ditawarkan penajaan ke luar negara kerana ia mengikut keperluan guna tenaga  sektor awam dan negara.
"JPA akan sentiasa mengkaji semula dan menambah  baik dasar sedia ada untuk pelaksanaan pada tahun akan datang bagi menangani isu  pemberian biasiswa ini yang bangkit setiap tahun," katanya.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/166728
 
 
No comments:
Post a Comment