Jun 14, 11
4:24pm
"(Ia) susahkan rakyat, rugikan penjaja, rugikan peniaga yang ada kedai, rugikan pemandu teksi," katanya.
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dan beberapa NGO bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan tuntutan lapan perkara bagi membaikpulih sistem pilihan raya.
Tuntutan itu bagi membersihkan daftar pemilih, mereformasikan sistem pengundian pos, memperkenalkan dakwat kekal, memastikan akses kepada media bebas dan adil, menjamin tempoh minima 21 hari berkempen, menghentikan rasuah dan politik kotor.
"Ia (BERSIH) bukan ancaman pada UMNO saja, ia ancaman pada negara.  Kita lihat perhimpunan dulu (pada 2007), enam bulan baru pelancong kembali pada  tahap sebelumnya," kata Ahmad Maslan.
Timbalan menteri di Jabatan Perdana  Menteri itu juga berkata, belum pernah ada demonstrasi anjuran pembangkang  berlangsung dengan tenang setakat ini. 
"Tidak pernah lagi berlaku perkara itu. Pengalaman kita tidak  pernah ada demonstrasi yang aman.
"Ada seorang saja yang 'histeria',  habislah," katanya ketika ditanya tentang dakwaan Pemuda PAS yang menjangkakan  perhimpunan itu akan aman sekiranya polis memberikan kerjasama.
Pembangkang jadi dalang
Ahmad juga berkata, BERSIH  bukan mewakili kehendak NGO, sebaliknya didalangi pemimpin Pakatan, termasuk  ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita tahu yang  dibelakang-belakang ini semua (BERSIH 2.0) adalah pembangkang. Ini adalah alat  pembangkang.
"(Ini) agenda kotor," katanya sambil menunjukkan gambar  pemimpin PKR, DAP dan PAS dalam majlis kempen BERSIH.Ahmad sebelum itu mengadakan perbincangan dengan NGO Melayu  Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang menentang penganjuran  perhimpunan tersebut.
Antara hasilnya, Ahmad berkata, beliau mencadangkan semua berkaitan, termasuk persatuan penjaja dan pemandu teksi membuat laporan polis boleh dan menyaman penganjur perhimpunan itu.
"Saya mengesyorkan NGO yang lain buat laporan polis sebanyak yang  boleh. Pemandu teksi (pun boleh) sediakan peguam-peguam untuk saman,"  katanya.
Turut hadir penasihat Pekida Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan Datuk Hamzah Daud dan Presiden Datuk Roslan Dahaman.
http://malaysiakini.com/news/166898
 
 
No comments:
Post a Comment