Tuesday, January 13, 2009

Bukti Israel guna bom fosforus


Asap putih menyelubungi bandar Gaza selepas serangan tentera Israel di semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



AKRAM dirawat selepas badannya terbakar terkena bedilan fosforus di Hospital Nasser, Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BAITULMAQDIS - Tentera Israel enggan mendedahkan sama ada menggunakan senjata fosforus ketika menyerang Gaza dan mendakwa pihaknya menggunakan senjata yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Badan Hak Asasi Manusia menuduh Israel menggunakan peluru meriam yang mengandungi fosforus ketika membedil kawasan berpenduduk padat di Gaza.

Seorang pakar ketenteraan, Marc Garlasco berkata, dia melihat peluru seperti itu digunakan di Gaza pada minggu lepas dan juga dalam beberapa rakaman terbaru serangan Israel.

"Fosforus boleh terbakar dalam tempoh lima hingga ke 10 minit sekali gus menyebabkan kebakaran serta membahayakan orang awam," katanya.

Sementara itu seorang doktor di Genting Gaza berkata, dia merawat seorang mangsa kelmarin, Akram Abu Roka yang badannya terbakar mungkin berpunca daripada bedilan fosforus.

Dr. Yusef Abu Rish yang berkhidmat di hospital Nasser berkata, sebanyak 55 orang cedera akibat terkena peluru mengandungi fosforus.

"Badan mereka terbakar dan keadaan itu hanya berlaku disebabkan oleh fosforus," katanya.

Penggunaan bom dan peluru mengandungi fosforus ke atas orang awam dilarang oleh undang-undang antarabangsa. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...