Tuesday, January 13, 2009

Remaja hantar 14,528 SMS sebulan


HARDESTY melihat telefon bimbit anaknya, Reina.
--------------------------------------------------------------------------------


LOS ANGELES - Seorang wartawan, Greg Hardesty terkejut selepas mendapati anak perempuannya, Reina menghantar sebanyak 14,528 khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan telefon bimbit LG, lapor sebuah akhbar semalam.

Reina yang berumur 13 tahun menghantar sebanyak 484 SMS sehari atau bersamaan dengan dua SMS setiap dua minit waktu bekerja.

"Pada mulanya saya terkejut dan ketawa apabila syarikat telekomunikasi AT&T menghantar penyata bil setebal 440 muka surat," katanya.

Hardesty, 45, berpendapat AT&T mungkin membuat kesilapan tetapi terkejut selepas Reina mengaku dia menghantar SMS kepada rakan-rakannya sepanjang masa.

Gadis itu berkata, pada cuti musim sejuk bulan lalu, dia semakin kerap menghantar SMS kepada rakan-rakannya kerana terlalu bosan.

Reina memberitahu bahawa dia juga menghantar SMS kepada rakan yang duduk di sebelahnya ketika menghadiri satu parti baru-baru ini.

Dia dan rakan-rakannya yang berumur 12 hingga 13 tahun juga berlawan untuk melihat siapa yang menghantar SMS paling banyak apabila memperoleh bil telefon.

Bagaimanapun, Hardesty dan bekas isterinya terpaksa mengehadkan pengunaan telefon Reina dan gadis itu tidak dibenarkan menggunakan gajet tersebut selepas makan malam. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...