Tuesday, January 13, 2009

Minta tebusan secara rambang


MELAKA: Awas dengan taktik terbaru satu sindiket yang akan menghubungi mangsa secara rambang bagi meminta sejumlah wang tebusan kononnya anak mereka diculik dan akan dicederakan sekiranya enggan menuruti arahan.

Taktik licik berkenaan dipercayai dilakukan sindiket penipuan itu bagi mendapatkan wang secara mudah daripada mangsanya yang mudah panik serta tidak berfikir panjang untuk menghubungi atau mengesan anaknya sebelum menyerahkan wang tebusan berkenaan.

Ketika menghubungi mangsa, suspek akan menggertak bagi membayangkan anak mereka benar-benar diculik dan menjadikan mangsa bertambah takut mengikut arahan mereka.

Perkara ini didedahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintenden Sum Chang Keong mengenai modus operandi terbaru dilakukan sindiket penipuan menerusi telefon berdasarkan beberapa kes dilaporkan pada bulan ini dan tahun lalu.

Sim berkata, terdapat empat mangsa dilaporkan dihubungi sindiket berkenaan dalam tempoh dua bulan sejak bulan lalu, dua turut terjerat dengan ‘perangkap’ suspek membabitkan kerugian RM7,400.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113092242/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...