Tuesday, January 13, 2009

Drebar teksi rogol, samun penumpang


KUALA LUMPUR: Seorang wanita trauma selepas mendakwa dirogol dan disamun pemandu teksi yang dinaikinya berhampiran Stesen Komuter Sentul tengah malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa bersendirian menunggu teksi di hadapan hospital di Gombak pulang ke rumahnya di Jalan Ipoh.

Sumber berkata, mangsa berusia 30-an mendakwa menaiki teksi dipandu seorang lelaki.

Katanya, pemandu terbabit memandu teksinya ke arah Sentul sebelum memberhentikannya di tempat sunyi berhampiran Stesen Komuter Sentul.

“Pemandu itu kemudian bertindak membuka baju dan seluar dipakai mangsa sebelum merogolnya dalam teksi berkenaan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dirogol, mangsa meminta pemandu terbabit menghantarnya pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pemandu itu bertindak sebaliknya dengan mengambil dompet mangsa sebelum meninggalkan mangsa seorang diri di tepi jalan.

“Mangsa yang kebingungan dan panik ditinggalkan di tepi jalan kemudian menghubungi talian kecemasan meminta bantuan.

“Sebuah kereta peronda polis dihantar sebelum membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113091509/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...