Tuesday, January 13, 2009

Penuntut IPTA ditahan kurung bekas kekasih


WANITA mangsa dikurung bekas kekasihnya keluar dari Balai Polis Brickfieldsselepas memberi keterangan semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang penuntut institut pengajian tinggi awam semalam ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul dan mengurung bekas teman wanitanya di sebuah apartmen di Mutiara Damansara di sini malam kelmarin.

Enam anggota polis berpakaian biasa yang pergi ke apartmen penuntut lelaki yang berumur 25 tahun itu, berjaya memujuknya agar menyerah diri pukul 1 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib yang mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, suspek dan pelajar wanita yang berumur 24 tahun itu dibawa ke IPD Brickfields untuk diambil keterangan.

"Kejadian ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 iaitu kesalahan membawa kecederaan kepada mangsa. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya.

Wan Abdul Bari berkata, pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan pelajar wanita itu yang membuat laporan polis di IPD Brickfields.

Suspek dikatakan merupakan anak angkat seorang bekas menteri.

Difahamkan pelajar wanita yang berasal dari Ipoh itu, memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu sejak Julai tahun lepas kerana perselisihan faham, dan semenjak itu mangsa mendakwa dia sering diugut dan dipukul suspek beberapa kali di beberapa lokasi kerana kecewa ditinggalkan. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...