Tuesday, January 13, 2009

Damansara penyumbang jenayah terbesar


PERSEMBAHAN...anggota polis membuat persembahan pada
majlis perasmian Balai Polis.


PETALING JAYA: Damansara mencatatkan sejumlah 30 peratus kes sekali gus menjadikannya penyumbang kes jenayah tertinggi bagi daerah ini berdasarkan statistik sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata berikutan itu usaha berterusan giat dilaksanakan bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri ini khususnya di Damansara.

“Sejumlah 16 peratus kes jenayah dicatatkan dari Petaling Jaya dan daripada jumlah itu 30 peratus daripada pergerakan graf jenayah diperoleh dari Damansara.

“Meliputi kawasan yang agak besar, kebanyakan kes jenayah terutamanya samun, pecah rumah, curi motor dan kegiatan mencuri kabel dilakukan di dalam kawasan Damansara,”
katanya ketika ditemui selepas merasmikan Balai Polis Komuniti Bandar Sri Damansara yang dinaik taraf daripada pondok polis semalam.

Khalid berkata, program menaik taraf pondok polis itu antara sumbangan pihak polis bagi memastikan hubungan lebih baik antara polis dan masyarakat awam.

“Kerjasama orang awam penting kerana mereka menjadi mata dan telinga kepada polis dan sekiranya berlaku sebarang keadaan mencurigakan, lapor segera sekali gus membantu mengurangkan kadar jenayah,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090112085904/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...