Tuesday, January 13, 2009

Perubahan: Tuan-tuan boleh jumpa dan ludah saya - Anwar


08 Jan 2009 2:27PM
KT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di sini, malam tadi.

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu adalah bagi menyokong calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang pengundian 17 Januari ini.

Ceramah yang diadakan di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil itu dihadiri 100 orang.

Dalam ceramahnya, Anwar turut membangkitkan isu penahanan beliau oleh polis, isu pengambilan tanah oleh Umno selain isu rasuah.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Abdul Wahid berdepan calon Barisan Nasional (BN),Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon Bebas. / Bernama

http://www.klpos.com/news/2009/01/08/7.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...