Tuesday, January 13, 2009

Tengok klip lucah telefon bimbit meningkat


BINTANG filem lucah, Brianna Beach bergambar dalam Ekspo Hiburan Dewasa di Las Vegas.
--------------------------------------------------------------------------------


LAS VEGAS - Pengguna yang melayari klip video lucah menerusi telefon bimbit meningkat mendadak selepas perayaan Krismas tahun lalu.

Seorang pengurus laman web lucah Pink Visual, Kim Kysar berkata, cara orang ramai untuk memperoleh bahan itu kini sudah berubah.

"Pengguna kini tidak mahu menyewa atau menyembunyikan cakera video digital (DVD) lucah kerana bimbang anak-anak atau anggota-anggota keluarga mereka mungkin melihat koleksi tersebut," katanya ketika ditemui dalam majlis penutup Ekspo Hiburan Dewasa di Las Vegas kelmarin.

Menurutnya, pengguna itu kini boleh melayari bahan lucah menerusi telefon bimbit di mana-mana tempat termasuk ketika berada dalam bilik air di tempat bekerja.

Beliau berkata, pengguna-pengguna akan bergegas melayari laman web lucah sejurus mereka membeli telefon bimbit seperti iPhones. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...